Wednesday, May 4, 2011

Henti tuntut RM1.38j

LEGA...Nash (kiri) bersama Amli  selepas prosiding semalam.
LEGA...Nash (kiri) bersama Amli selepas prosiding semalam.

SHAH ALAM: “Saya bersyukur kepada Allah,” kata penyanyi, Nash selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan peguam bekas isterinya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya untuk memberhentikan tuntutan harta bernilai RM1.38 juta, semalam.

Nash, atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 52, berkata, dia sentiasa berharap supaya masalah itu dapat diselesaikan secara baik dan berhemah.

Pada masa sama, bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu meminta supaya semua pihak dapat menyumbangkan sedekah al-Fatihah kepada Sosilawati.

“Saya juga sentiasa mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang solehah,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.


Nash berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan anak Sosilawati dan bercadang menemui mereka dalam masa terdekat.Bagaimanapun katanya, jika benar anak Sosilawati akan memfailkan permohonan baru bagi meneruskan tuntutan itu, dia yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: