Thursday, May 26, 2011

Harga RON95 kekal RM1.90 seliter


KERAJAAN menafikan langkah mengekalkan harga RON95 disebabkan faktor pilihan raya, sebaliknya ia dibuat selepas mengambil kira kepentingan rakyat. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan semalam membuat keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan harga tiga jenis bahan api itu setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

"Keputusan itu dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,'' katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini semalam.

Harga seliter RON95 sekarang ialah RM1.90 manakala diesel RM1.80 dan LPG RM1.90 seliter.

Beliau berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: