Thursday, May 5, 2011

Elizad bangkit, Saleha nak lepas geram

pix_middle

MENEROPONG jauh ke dalam mata dua gadis jelita ini, jelas kelihatan sinar semangat berkobar-kobar dan kesung�guhan penuh membara untuk mengejar impian. Meskipun berlainan latar belakang, profil kehidupan dan jalur lapa�ngan seni, kedua-duanya punya satu misi yang sama, memburu kejayaan dalam seni lakonan yang menjadi minat utama.

Baik bagi Siti Elizad Sharifud�din mahupun si manis anak kacukan British, Belanda dan Melayu, Siti Saleha Mohd Baharum, yang pertama kali duduk bersembang berkongsi cerita, 1,001satu warna yang diterjemah dalam bicara yang tersusun kemas.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Meskipun sudah lama menceburi pentas industri seni tempatan, diakui kedua-dua gadis peramah ini yang nama mereka masih lagi asing dan ramai lagi kurang perasan kehadiran bakat mereka. Namun masing-masing menyifatkan senario itu hanya rencah dalam kehidupan seorang pendatang baru dan tidak sekelumit mengundang rasa kecewa.

Namun, lebih menarik�nya, kedua-dua bintang yang diangkat teraju utama dalam slot Akasia di TV3 dalam dua drama berbeza, Cinta Antara Kita dan Nura Elena ini mengandaikan soal publisiti hanya satu warna yang memeriahkan perjalanan seorang anak seni tapi belum tentu menjaminkan kejayaan.


Lantas bertemu dengan Elizad yang sudah dua tahun menyepi kerana menjaga arwah ibunya, Nazariah Mohd Salleh, 60, yang menderita penyakit Parkinson memberikan ruang luas kepada gadis berusia 26 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini untuk bernafas kembali.“Alhamdulillah meskipun ramai yang beranggapan saya terperuk lama dan hilang selama dua tahun ini, sebenarnya sepanjang tempoh itu saya begitu puas kerana berpeluang menjaga arwah ibu dengan sempurna. Saya melihat pengorbanan itu adalah satu memori indah buat saya sebagai seorang anak.


“Namun, selepas ibu tiada dan saya bangkit daripada kemurungan kerana kehilangan insan paling saya sayang, mungkin ini adalah masa terbaik untuk saya kembali semula mengajar semula mana yang tertinggal dan mencari kembali apa saja yang mungkin sudah lenyap. Saya ingin kembali bangkit mengejar impian menjadi seorang anak seni yang berkaliber.

“Setakat ini saya bersyukur kerana rezeki itu sentiasa ada buat saya. Selepas drama bersiri Cinta Antara Kita, saya menerima beberapa tawaran lain pula untuk terus hidup sebagai seorang pelakon. Insya-Allah jika diberi kepercayaan lagi, saya akan kembali semula ke layar lebar seperti sebelum ini,” katanya yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Berlari Ke Langit, Gangster, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Cinta Yang Satu.

Terlanjur bertemu anak keempat daripada lima beradik ini yang mengakui sudah putus cinta selepas 10 tahun memadu kasih, Elizad enggan terus dipalit kisah peribadi sebaliknya ingin terus meletak fokus kepada kerjaya.

“Pernah saya katakan sebelum ini, hubungan itu tidak lagi dapat diselamatkan dan saya pasrah. Saya percaya ada hikmahnya walaupun keperitan yang ditanggung berganda. Lepas hilang ibu, saya hilang pula kekasih, namun semua itu hanya dugaan. Kini saya selesa untuk hidup sendirian dulu untuk memikirkan soal masa depan.

“Jujurnya saya sendirian dan gigih ingin mencari teman hidup. Maklumlah, sebagai seorang anak tunggal perempuan yang cukup akrab dengan arwah ibu, saya memang rasa terlalu kehilangan namun jika sudah mempunyai keluarga sendiri, saya akan kurang rasa sunyi itu. Justeru saya ingin juga memberi ruang kepada diri saya untuk kembali bercinta dan membina keluarga sendiri nanti,” katanya yang mesra disapa Ejad.

Drama siri lakonan Elizad, Cinta Antara Kita yang menemui penonton petang ini, jam 7 malam, di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis menerusi episod terakhirnya akan diganti pula dengan drama baru, Nura Elena bermula 9 Mei ini hingga 16 Jun dalam slot yang sama.

Nura Elena yang mengangkat Siti Saleha selaku teraju utamanya turut membariskan pelakon handalan lain termasuk Aaron Aziz, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.

Saleha yang menyifatkan drama bersiri ini sebuah naskhah penuh emosi yang memberinya satu dimensi baru sebagai seorang pelakon.

“Saya membawakan watak Nura Elena yang berdepan dengan 1,001 konflik diri. Bayangkan, dia dirogol seawal usia 15 tahun dan kemudian meninggalkan perasaan trauma untuk mengenali lelaki lain. Kemudian apabila dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki oleh keluarganya, kisah lamanya menjadi mangsa rogol terbongkar pula membuatkan dia ditinggalkan.

“Kesimpulannya, Nura Elena memang mencerminkan kisah penderitaan dalaman dan kekuatan hati seorang gadis dalam menempuh segala dugaan itu. Namun, saya berasakan watak ini begitu dekat dengan jiwa saya meskipun jalan hidupnya tidak sama dengan realiti saya, watak itu dapat saya selami de�ngan baik.

“Pengalaman melakonkan watak ini begitu menyeronokkan selain berpeluang berlakon di samping Aaron Aziz dan Erry Putra. Saya percaya peminat akan terhibur dan dapat mengikuti drama ini hingga ke episod akhirnya,” katanya yang menambah drama Nura Elena adaptasi daripada novel, Kasih Yang Suci.

Mengalih sedikit perbualan, lantas persoalan kisah percaturan adik kepada vokalis Bunkface, Sam ini dalam lapangan seninya diutarakan. Saleha yang sebelum ini pernah membintangi drama siri popular dan anggun mengenakan tudung menerusi watak Munirah dalam Ustaz Amirul dan Syurgamu Ramadan mengharapkan 2011 tahun terbaik buatnya memperkenalkan diri.

“Lama sudah saya bertapak, namun diakui yang nama dan bakat saya belum benar-benar dikenali. Mungkin kerana tidak ada kontroversi yang membabitkan saya. Mungkin juga kerana saya begitu sibuk dengan soal pengajian membuatkan tiada masa untuk benar-benar bersedia ke depan kamera.

“Justeru 2011 adalah satu penentuan dalam kerjaya saya dan tahun ini dan akan guna sebaiknya peluang ini untuk melepas�kan geram. Maklumlah sekarang saya sudah hampir tamat pengajian di Kolej Inti untuk Diploma Komunikasi Massa, jadi dapatlah saya meletak sepenuh fokus kepada lakonan.

“Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik dan satu penyampaian lakonan yang tersendiri,” katanya yang mengakui tiada kekasih.

Apapun usah ketinggalan untuk menyaksikan siri terbaru yang mewarnai slot Akasia berjudul Nura Elena bermula Isnin ini, jam 7 malam di TV3.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: