Wednesday, May 25, 2011

Durian Malaysia ke China


NOH (kiri) bersama Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi (dua dari kanan) memegang buah durian tempatan di Wisma Tani, Putrajaya baru-baru ini.


PETALING JAYA - Malaysia mendapat kebenaran secara rasmi dari negara China untuk mengeksport buah durian tempatan ke negara itu mulai Julai ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan sejak bertahun lamanya berusaha untuk membawa durian Malaysia menembusi pasaran China namun tidak berjaya sehinggalah usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil.

"Perdana Menteri mencadangkan ketika lawatan ke China supaya dibawa durian dari negara itu untuk dirasai oleh pegawai tertinggi kerajaan China termasuk Perdana Menteri, Wen Jiabao.

"Mereka begitu berminat dan tertarik selepas merasa durian kita dan kita mendapat surat rasmi daripada kerajaan China pada 11 Mei lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz program televisyen 'Agro Xplorasi' di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: