Penulis di hadapan Sagrada Familia, mercu tanda paling popular di Barcelona. LONDON, Paris, Milan dan New York. Bandar-bandar besar yang begitu sinonim dengan ikon fesyen dunia dan sering dinantikan di setiap pentas peragaan.
Jujurnya, kesemuanya bukanlah negara asing yang menjadi magnet kepada penulis pada mulanya untuk mengembara ke luar negara.
Bagaimanapun siaran langsung tayangan Olimpik, acara sukan berprestij dunia di Barcelona pada musim panas 1992 adalah titik permulaan yang menerbitkan minat penulis untuk mengembara.
Bas lawatan pelancong untuk bersiar-siar di Barcelona.Selain acara sukan bersilih ganti dan aksi atlet dari seluruh dunia, rancangan yang ditonton itu turut memaparkan visual bangunan menarik di Barcelona.
“Mahu ke sini suatu hari nanti,” kata suara hati penulis yang melihat visual para pelumba basikal sedang melintasi sebuah kuil gergasi dengan reka bentuk begitu unik.
Itulah Sagrada Familia.
Lokasi strategik
Karakter unik di Las Ramblas.Angan-angan penulis yang ketika itu berusia lapan tahun untuk ke Barcelona, bandar kedua terbesar di Sepanyol selepas ibu negara Madrid bakal menjadi realiti.
Walaupun terlepas kereta api di Stesen Victoria untuk ke Lapangan Terbang Gatwick London namun ia tidak mematahkan semangat untuk menantikan perjalanan seterusnya.
Penerbangan menerusi syarikat penerbangan tambang murah Easy Jet mengambil masa kira-kira dua jam untuk ke Barcelona dari Lapangan Terbang Gatwick.
Penulis tiba di Barcelona lewat petang dan bas yang dinaiki untuk ke pusat bandar dirasakan begitu perlahan kerana kesesakan lalu lintas di sepanjang perjalanan.
Tempat penginapan penulis hanya bertaraf hostel namun lokasinya di Rambla Catalunya begitu strategik kerana kedudukannya menghala ke Passeig de Gràcia, tumpuan utama di Barcelona.
Siapa pun tidak akan merungut sekiranya dekorasi hostel begitu klasik dan minimalis tetapi menyediakan persekitaran lebih mewah dan eksklusif.
Paling mahal
Satu lagi karakter unik di Las Rambas.Riuhnya Passeig de Gràcia mungkin boleh disamakan dengan Trafalgar Square di kota London yang menarik kunjungan jutaan pelancong setiap tahun.
Ia disebut-sebut sebagai ‘jalanan paling mahal’ di Barcelona sesuai dengan deretan butik fesyen dan kafe yang memenuhi setiap unit sepanjang jalan.
Antara jenama tempatan di Sepanyol yang kini sudah pun menembusi pasaran Malaysia adalah Zara termasuk Desigual, jenama pakaian kasual dari Barcelona.
Penulis banyak menghabiskan masa di Las Ramblas sepanjang lebih 1.2 kilometer yang dipenuhi dengan pokok-pokok di kiri kanan jalan.
Kebanyakan gerai menjual makanan, suratkhabar dan majalah, bunga-bungaan, cenderamata selain terdapat beberapa karakter menarik menghiasi jalan.
Penulis singgah sebentar di salah sebuah kafe bagi merasai kelazatan ‘paella’ sejenis makanan tradisi paling terkenal di Sepanyol. Itu sudah tentu wajib.
'Pallea' makanan paling popular di Sepanyol tidak seharusnya dilepaskan.Rekaan Gaudi
Hari pertama dicemburi kerana malam sudah melabuhkan tirainya menyebabkan lawatan ke Sagrada Familia terpaksa ditangguhkan sehingga esok.
Mercu tanda Barcelona itu adalah hasil kreatif seorang arkitek terkenal, Autoni Gaudi yang paling popular dengan ciri rekaannya penuh gaya individual sangat tinggi.
Passeig de Gracia, tumpuan utama pelancong di Barcelona. Saat-saat akhir Gaudi ditumpukan dengan projek Sagrada Familia namun hanya kurang daripada 25 peratus yang dapat disempurnakan apabila beliau mati pada 1926.
Tidak hairanlah ia kini masih lagi dalam pembinaan sejak penulis melihatnya buat pertama kali menerusi acara sukan Olimpik yang disiarkan di televisyen pada 1992 sehingga berdiri di hadapan bangunan itu Februari lalu.
Mercu tanda paling popular di Barcelona dengan kombinasi gaya binaan Gothic dan curvilinear (garisan melengkung) itu sebenarnya masih dalam pembinaan sejak 1882.
Jika sesiapa yang mahu bergambar di sini, hendak atau tidak terpaksa membiarkan kren pembinaan menjadi sebahagian daripada imej pemandangan Sagrada Familia.
Bahasa Sepanyol
Salah seorang rakan penulis sebenarnya fasih bertutur dalam bahasa Sepanyol dan bila mendengar perbualannya dengan rakyat tempatan seperti siri telenovela pula.
Kalaulah penulis dapat berbahasa Sepanyol tentunya lebih mengujakan.
Bagaimanapun tidak perlu risau kerana kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris.
Berbeza dengan kembara penulis ke Paris dan Tokyo sebelum ini kerana sukar untuk mencari rakyat tempatan yang mahu berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa itu.
“Cuales son monumentos mas destacados aqui? Ya tenemos un dia mas para vistar,” rakan penulis bertanya kepada pemilik hostel atau maksudnya adalah “Di mana lagi monumen terkenal di sini? Kami mempunyai satu hari lagi untuk melawat.”
Salah satu daripada apa yang diberitahu oleh pemilik hostel itu telah menarik perhatian penulis malah seorang rakan mengingatkan sesuatu mengenainya.
Penulis hanya mengerut dahi memikirkan apakah kaitannya. Tak apalah, penulis pasti akan mendapat jawapan di situ bagi lokasi seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: