KUALA LUMPUR – Kurang 24 jam daripada tarikh tutup pendaftaran kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011, sebanyak 1,226 pasukan telah mengesahkan penyertaan masing-masing. Dalam kategori Larut Malam, sebanyak 472 pasukan telah mendaftar manakala 226 pasukan telah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi kategori Terbuka Lelaki. Bagi kategori Terbuka Wanita, sebanyak 49 pasukan telah mengesahkan penyertaan.
Kategori Lelaki Bawah 18 tahun pula menyaksikan sebanyak 293 pasukan telah mendaftar sementara 135 pasukan mendaftar dalam kategori Lelaki Bawah 12 tahun. Menurut penyelaras sekretariat kejohanan, Mohamad Izuwan Hayat, tempoh yang kritikal iaitu kurang 24 jam dari tarikh tutup sehingga tengah malam tadi menyaksikan lebih banyak pasukan mendaftar.
“Bagi mereka yang telah mendaftar tetapi masih belum membuat pembayaran, saya ingin nasihatkan mereka supaya segera membuat pembayaran. “Ini bagi mengelakkan mereka tercicir daripada senarai pasukan yang bertanding dalam kategori masing-masing,” ujarnya. Tambah Izuwan, sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung pembayaran atau penghantaran borang penyertaan, mereka boleh menghubungi urus setia di talian 03-3372 0811, 013-216 4455, 013-216 4466 dan 013-216 4499.
Pasukan yang berminat menyertai Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 masih boleh membuat pendaftaran secara online di laman web www.kosmofutsal.com sebelum tarikh tutup penyertaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: