![]() Yuna |
EPISOD Xpresi Kembara di TV1, hari ini jam 12.31 tengah hari akan bersama penyanyi indie yang tampil dengan imej bertudung Yuna, dengan membawa penonton dan peminatnya berkunjung ke destinasi menari di sekitar Ipoh, Perak.
Penyanyi ini baru muncul dengan single terbaharunya, Cinta Sempurna.
Begitu pun episod kali ini lebih istimewa kerana penyanyi yang sedang menuntut dalam jurusan Undang-Undang, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut berpeluang menziarahi kediaman dan seterusnya berkenalan dengan datuk dan neneknya di Batu Gajah, Perak.
Pastinya kesempatan ini ditunggu-tunggu peminat Yuna untuk mengetahui latar belakang penyanyi yang terdahulu mencipta nama dalam muzik arus perdana ini menerusi lagu Dan Sebenarnya.
Kemunculan Yuna menerusi program ini dilihat usaha terbaik bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penonton meluangkan masa berkongsi pengalaman dilalui artis kegemaran mereka ini.
Selain itu, penyanyi ini juga bakal mengunjungi tempat menarik lain di Ipoh, Perak antaranya Gerbang Malam, Taman Tema Lost World of Tambun dan Pasar Pagi Memory Lane yang sememangnya menjanjikan detik manis sepanjang kembara di sana.
Lebih dikenali Pasar Karat kerana banyak menjual barang-barang besi seperti seterika lama, periuk belanga dan segala jenis besi yang masih boleh digunakan, sejarah Pasar Pagi Memory Lane yang di panggil “Belakang Loken” ini telah lama wujud di Ipoh.
Di buka kepada pengunjung pada hari Ahad, seawal pukul 7 pagi hingga sekitar pukul 3 hingga 4 petang. Ikuti gelagat Yuna dengan aksinya mengunjungi tempat yang menarik perhatian pengunjung dalam dan luar negara ini.
Malah menarik menerusi program selama 30 minit ini, Yuna sempat singgah ke kedai pakaian Garage Flower milik ahli kumpulan indie, Bittersweet yang terletak di Green Town Mall, Ipoh. Kedai ini menjual pelbagai barangan indie seperti baju T dan cakera padat penyanyi indie tempatan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: