MALAYSIA kini menjadi perhatian peminat sukan dunia selama dua hari apabila trofi Piala Dunia tiba dari Jakarta menerusi penerbangan sewa khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
JADI REBUTAN...petugas keselamatan mengawal ketat trofi Piala Dunia ketika sidang media di KLIA, semalam.
Kuala Lumpur menjadi bandar raya Asia kelima menerima kehadiran trofi teragung bola sepak itu dalam siri jelajah sejauh 134,017km merentasi lima benua dengan perjalanan bermula dari Ibu Pejabat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di Zurich, Switzerland, pada 21 September lalu.
Sebelum ini, trofi itu singgah untuk tatapan peminat bola sepak di benua Asia di Calcutta, India pada 17 Januari lalu diikuti Ho Chi Minh (Vietnam), 20 Januari, Bangkok (Thailand), 23 Januari dan Jakarta semalam.
Siri jelajah yang dibawakan khas syarikat minuman terkenal Coco-Cola dengan kerjasama Fifa itu adalah sebahagian daripada promosi Piala Dunia di Afrika Selatan, bermula Jun hingga Julai ini.

Sempena menghangatkan Piala Dunia, trofi asli setinggi 36.8 sentimeter dan seberat 6.175 kilogram itu serta diperbuat daripada emas tulen 18 karat dengan dua lapisan batu pertama ‘Malachite'’ pada bahagian dasar, akan dipamerkan untuk orang awam di Pusat Konvensyen Mid Valley mulai hari ini hingga Jumaat.
“Kami amat bangga dengan sambutan hebat setakat ini dan kami menjangkakan sambutan hangat daripada peminat bola sepak di Malaysia,” kata jurucakap Fifa, Lingling Liu, selepas ketibaan rombongan jelajah berkenaan di KLIA.
Sementara itu, Pengurus Besar Coca-Cola bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Antonio del Rosario, berkata kira-kira 10,000 peminat akan mendapat peluang keemasan yang jarang diperoleh seumur hidup untuk melihat dan merakamkan gambar bersama trofi itu.
Jelajah Piala Dunia Fifa, yang dianjurkan bagi Piala Dunia kedua berturut-turut, akan meliputi lebih ramai peminat dan bandar raya serta negara menerusi 225 perjalanan sebelum dijangka sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini.
Peminat boleh mendapatkan tiket untuk melihat trofi itu dengan pembelian hidangan ‘Burger Prosperity’ di restoran McDonald di Lembah Klang mulai sekarang dan juga dengan melawat gerai Coke di Mid Valley.
Pada 2006 sempena Piala Dunia di Jerman ketika itu, jelajah trofi itu singgah di 31 bandar raya dari 29 negara dengan perjalanan sejauh 102,570km.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: