Thursday, January 28, 2010

Dengarnya...: Jangan singkirkan Scha



Nurul

TEMAN sepejabat Cik Normah beritahu sekarang ini pengarah yang disukai Scha Alyahya, Azizi 'Chunk' Adnan sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Kapoww!!!. Dalam diam, rupa-rupanya Chunk sibuk mengarahkan drama itu. Cik Normah dapat tahu pun selepas teman sepejabat diberitahu oleh pelakon, Nurul.

Bekas isteri kepada Ajai itu turut terbabit dalam drama itu biarpun dia tidak berlakon dalam versi filem Kapoww!!!. Cik Normah pun kurang pasti sama ada pelakon versi filem turut di bawa ke dalam versi drama. Mungkin juga Chunk nak bagi kelainan dalam drama dan sebelum filem itu dipasarkan kelak.

Kita tunggu saja hasilnya, sama ada versi drama lebih hebat berbanding filem. Cik Normah pun kurang pasti drama itu untuk siaran TV mana mahupun bila akan disiarkan. Kita tunggu saja hasilnya nanti. Nampaknya Chunk melawan arus tidak seperti sesetengah penerbit atau pengarah yang membikin drama selepas filem ditayangkan.

Sebut nama Chunk, Cik Normah terus teringat drama Awan Dania arahannya. Selepas tidak mengarahkan drama itu, Cik Normah akui cukup merindui buah tangan pengarah itu. Iyalah, sekarang pun Cik Normah tak ada mood nak tengok Awan Dania sebab sudah bertukar pengarah. Cerita pun sudah jadi melalut. Kalau sempat menonton ulangan pun, Cik Normah sudah tak kuasa nak tengok.

Alang-alang menyebut cerita Awan Dania, teringat pula Cik Normah dengan hasrat Chunk yang pernah diluahkannya pada tahun lalu untuk menghasilkan Awan Dania dalam versi filem. Tapi sehingga setakat ini, Cik Normah tak tahu mengenai perkembangan itu.

Cik Normah harap usaha Chunk untuk menjadikan Awan Dania sebagai karya dalam filem itu bukan cakap kosong, sebaliknya mampu menjadi kenyataan. Paling penting, kena kekalkan juga Scha Alyahya sebagai teraju utamanya. Cik Normah yakin ramai yang menonton drama Awan Dania akan bersetuju dengan cadangan Cik Normah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: