Friday, January 29, 2010

Wan Kamarudin Pernah Diugut

Pengacara yang cukup popular dengan tagline Apa Kejadahnya dalam Edisi Siasat ini bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan tanah air. Gara-gara program tersebut, jejaka yang senang dipanggil dengan nama Wan ini mengakui pernah menerima ancaman daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengannya akibat rancangan tersebut.

"Saya pernah diancam mat rempit semasa berhenti di lampu isyarat, tapi bila saya angkat tangan beri salam terus dia ok. Selain itu, ada pernah juga kereta saya ditahan orang tidak dikenali dan beberapa siri ugutan lain tapi tak adalah sampai membahayakan nyawa.

"Saya tak kisah berhadapan dengan risiko kerana untuk mendedahkan kebenaran, itulah yang perlu dilalui. Saya anggap satu tanggungjawab untuk beri input kepada masyarakat kerana saya rasa useless jika tak dapat beri apa-apa sumbangan atau bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

"Dalam rancangan terbaru, Kes Jenayah, saya akan beri tips-tips penting untuk mengelakkan diri menjadi mangsa," ujarnya yang akan muncul mengacarakan Kes Jenayah di Astro Awani mulai 24 Februari ini.

Tidak Suka Disindir

Menyedari dirinya dikenali kerana tagline panas Apa Kejadahnya, namun bagi Wan sendiri, dirinya kurang gemar apabila disindir dengan kata-kata tersebut setiap kali berada di khalayak ramai.

"Saya tak suka bila orang sindir, kan lagi elok jika tegur saja saya. Saya bukannya sombong walaupun muka saya nampak serius. Bila orang nampak saya, mereka akan kata Apa Kejadahnya. Saya tak tahu sama ada mereka suka atau menyindir, tapi saya kurang gemarkan situasi tersebut," ujarnya yang keberatan berkongsi hal peribadi bersama media.

Mengakui pernah menerima tawaran mengacarakan rancangan berbentuk hiburan, namun terpaksa ditolak kerana minatnya lebih cenderung kepada nilai kemanusiaan dan kekuatannya bukan dalam bidang tersebut. Tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja menjadi sebahagian daripada warga Astro Awani kerana ianya antara siaran berita yang menjadi pilihan utama penonton.

Wan Kamarudin bakal mengacarakan Kes Jenayah yang memberi fokus kepada kes-kes jenayah yang dilakukan secara berkumpulan. Program yang akan mendedahkan modus operandi ini akan mengutarakan kes-kes benar yang berlaku serta tips untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penjenayah. Saksikan Kes Jenayah setiap Rabu mulai 24 Februari pada jam 11.30 malam di Astro Awani (saluran 501).

1 comment:

  1. syabah untuk jenayah aku tengok sokmo ke mun tapi hati-hati bikin tu

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: