Friday, January 29, 2010

Puas jadi penari bogel


KRISTEN STEWART


MAHU mencuba watak yang lebih mencabar agaknya, bintang filem Twilight, Kristen Stewart telah menerima tawaran melakonkan watak seorang penari bogel dalam filem Welcome to The Rileys.

Menurut Kristen, dia turut mencederakan dirinya bagi menjayakan filem tersebut dan sangat berpuas hati dengan hasil lakonannya itu.

"Saya terpaksa menari lucah menggunakan tiang yang disediakan, sebab itu kaki saya luka-luka dan bengkak.

"Perasaan saya begitu teruja ketika melakonkan watak tersebut kerana ia sesuatu yang baru bagi saya. Bila melakonkan watak itu, saya terasa seperti saya begitu menjiwai dan mendalami watak itu," kata Kristen kepada Ace Showbiz.

Kristen telah membuat persiapan awal dengan mendalami ilmu tarian lucah daripada penari bogel yang sebenar.

"Saya telah berborak dan mempelajari beberapa tarian daripada tiga penari di New Orleans. Mereka juga turut berlakon dalam filem itu," katanya.

Sementara itu, pengarah filem tersebut, Jake Scott memberitahu, pihaknya tidak akan mengeksploitasi Kristen dalam filem tersebut.

Menurutnya, "Kami cuma mahu memaparkan seorang anak remaja yang bermasaalah sehingga terpaksa menjadi penari bogel dan pekerja seks."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment