Thursday, January 28, 2010

Dengarnya...: Menyampah Fahrin menangis!


KELMARIN, apabila Cik Normah membaca akhbar tempatan, kebanyakannya menyiarkan gambar pelakon dan pengacara Fahrin menitiskan air mata sewaktu membuat sidang media. Tak payahlah Cik Normah nak terangkan sidang media apa kerana rasanya semua peminat dunia hiburan sudah tahu.

Cik Normah sendiri apabila ditanya tak tahu nak komen apa kerana hati manusia memang berbeza. Air mata sebenarnya bukan untuk wanita saja tetapi lelaki juga berhak untuk mengalirkannya terutama apabila menyentuh soal hati dan perasaan. Mungkin pada ketika itu, hati lelaki Fahrin benar-benar terusik dengan dakwaan Linda.

Tapi bukanlah perkara itu yang Cik Normah nak perbesarkan kerana semuanya sudah menjadi kes mahkamah. Biarlah peguam masing-masing yang menentukan. Cuma apa yang Cik Normah nak sentuh di sini adalah sikap tidak sensitif radio Suria FM terhadap isu yang sedang hangat ini.

Berdasarkan aduan yang diberikan oleh seorang pembaca yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Teddy Marcello, stesen radio itu sudah membuat satu topik mengenai lelaki menangis. Menerusi program yang disiarkan waktu malam yang dikendalikan dua pengacaranya iaitu Zaff dan Tuah, mereka meminta pemanggil mengulas tindakan seorang lelaki yang menangis.

Kata Teddy lagi, pelbagai komen diterima. Ada yang suka dan ada yang menyampah. Tapi yang membuatkan dia terkilan adalah apabila Tuah tiba-tiba berkata topik itu ada kena-mengena dengan Linda Onn. Terkejutlah si Teddy tu kerana nampak sangat mereka keluarkan topik itu kerana agenda tertentu. Malah, si Zaff sendiri pun terkejut apabila si teman tadi berkata demikian.

Pada Cik Normah, kalau betul mereka ada agenda tersembunyi apabila membincangkan topik itu, memanglah tak patut. Kalau iya pun, janganlah umumkan dalam radio yang didengar ramai orang. Cik Normah cuma nak ingatkan saja. Kes ini sedang hangat, jadi tak perlulah nak menambahkan minyak ke dalam api yang sedang membara. Nanti tak fasal-fasal, ramai orang yang akan terbakar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: