RADIO Televisyen Malaysia (RTM) diberi hak sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan pada 11 Jun hingga 12 Julai ini.
Berita gembira itu disahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam.
Menurutnya, RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran secara langsung dan 11 siaran tertunda.
"RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2.
"Hampir semua penjadualan siaran langsung perlawanan akan bermula pada pukul 11 malam," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara RTM dengan pemegang hak siaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2010, Esprit Media Sdn. Bhd. semalam.
Pada majlis itu, RTM diwakili Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf sementara Esprit Media Sdn. Bhd. diwakili Pengarah Urusan, Datuk Ahmad Zaharul Annuar.
Rais berkata, dianggarkan lebih 18 juta penonton akan menyaksikan siaran itu.
"RTM kali ini juga menerima undian yang baik apabila rata-rata perlawanan membabitkan pasukan negara-negara terbaik di dunia seperti England, Portugal dan Brazil memihak kepada RTM," katanya.
Sementara menanti perlawanan bermula penonton akan disajikan dengan siaran menarik lain. RTM telah menjadi penyiar utama Piala Dunia sejak 1974, 1978, 1986, 1990,1994, 1998, 2002 dan 2006. Tema penyiaran untuk tahun ini ialah 'Sorakan 1Malaysia 1Dunia'.
saya sememangnya menyokong RTM kerana RTM saluran sukan yang terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteaku rasa lagi 4 tahun RTM tak perlu lah lg nk lobi jd penyiar utama siaran lansung piala dunia ni sebab walau semua sistemnya digital tapi orang nyer masih tahun 70'an dan satu lagi RTM tak mampu nk bg komitment penuh pada siaran langsung ni mcm tak bersedia nk siarkan semua perlawanan kerana hak penyiaran yang terbatas. Cadangan aku satu jew yg dh nk pencen tu bg la peluang pd tenaga muda utk mengendalikan pula jgn ingat anda akan terus berada di situ sampai mati...
ReplyDeletekenangan......... dengan rtm masih terbaik bagi kami sekeluarga dikampung banyak kenangan yg tak dapat di lupakan dari peti televisen hitam putih kepada warna sekarang ni masih setia dengan rtm. rtm memang canggih dari segi digital penyiaran KL ke sabah boleh sampai percuma tuu..... tak dapat di bayangkan
ReplyDeletelepas nie aku bagi saranan baik takyah siarkan world cup...bukan siarkan semuanya...aku mula2 percayalah ingat betul2 lah dia tayangkan semua game...yang dia tayangkan game yang tak apa2...game2 yang penting tak tayang pun, akhirnya aku terpaksa ambik star sport jugak!
ReplyDelete