TINDAKAN penyanyi kumpulan Dewa, Ahmad Dhani yang mengiklankan di media tentang kerja kosong sebagai pengasuh kepada anak-anaknya telah mendapat reaksi negatif bekas isterinya Maia Estianty.
"Mungkin Dhani sudah tidak mampu menjaga anak-anaknya itu. Tapi mahu mencari yang cantik sahaja, hanya ikut nafsu sahaja" tutur Maia seperti dipetik Detikhot.com.
Pelantun lagu ‘Lelaki Buaya Darat’itu bahkan baru mengetahui Dhani mencari pengasuh apabila diberitahu wartawan.
"Dia tidak pernah beritahu saya untuk cari pembantu," ujarnya.
Maia turut mengakui hingga saat ini dia masih sukar untuk bertemu Al, El dan Dul. Apalagi peluang untuk mengasuh ketiga anaknya itu.
Maia yakin kualiti kasih sayang dirinya sebagai ibu kandung lebih baik dari pengasuh. Malah dia percaya Al, El dan Dul cepat atau lambat akan kembali ke pangkuannya.
"Anak-anak pasti akan pulang dan mencari ibunya," ujarnya yakin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: