Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi menang pemilihan UM


GELAGAT beberapa mahasiswa ketika mendengar ucapan calon yang bertanding merebut jawatan dalam MPP di sudut pidato Universiti Malaya semalam.

KUALA LUMPUR - Barisan Pro-Aspirasi berjaya mengungguli pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) dalam pilihan raya kampus universiti itu semalam dengan meraih 24 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Proses penjumlahan undi yang dijalankan menyaksikan calon Pro-Mahasiswa hanya memenangi 17 kerusi.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Jamil Maah berkata, tahun ini merupakan kali pertama pemilihan MPPUM dilakukan secara e-undi.

"Melalui sistem e-undi, keputusan yang ditetapkan adalah muktamad dan tiada pengiraan semula akan dilakukan.

"Calon bagaimanapun boleh membuat rayuan dan jawatakuasa terlibat akan meneliti rayuan yang dikemukakan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: