Friday, January 29, 2010

BSN tambah 62 cawangan

BANK Simpanan Nasional (BSN) akan menambah sehingga 62 cawangan baru iaitu 40 cawangan konvensional dan 22 perbankan Islam di seluruh negara terutama di luar bandar tahun ini.

RASMI...Wong menandatangani plak penyerahan dan pelancaran sistem eSPICK sambil diperhatikan Norazian, semalam.

Timbalan Pengurus Besar BSN (Perbankan Konsumer dan Pembangunan Perniagaan), Norazian Ahmad Tajuddin, berkata penambahan cawangan itu dijangka membabitkan peruntukan kira-kira RM25 juta. Ketika ini bank berkenaan mempunyai 378 cawangan di seluruh negara. Katanya, jumlah itu termasuk usaha untuk meningkatkan dan memberi wajah baru di 100 cawangan sedia ada di samping memperuntukkan RM4 juta untuk menambah kira-kira 100 mesin deposit cek (CDM).

“Langkah itu selaras matlamat penubuhan BSN sebagai bank komuniti yang memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak,” katanya pada majlis penyerahan dan pelancaran Sistem Penjelasan Cek atau eSPICK di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Urusan penyedia perisian kewangan bagi sistem berkenaan iaitu Insite MY Systems Sdn Bhd, KC Wong.

Mengenai eSPICK, beliau berkata, ia inisiatif menyediakan kemudahan kepada pelanggan dengan ia dapat mempercepatkan tempoh penjelasan cek kepada dua hari berbanding lima hingga 10 hari sebelum ini.

Katanya, BSN memperuntukkan RM2.5 juta ke atas eSPICK dengan kerjasama Insite MY Systems menggunakan produk syarikat berkenaan iaitu Sistem Penjelasan Cek INCHEQS.

“Sistem itu berjaya dilaksanakan pada 4 September lalu, sebulan awal daripada pelan jangkaan kami meliputi semua cawangan BSN seluruh negara.

“Sistem itu berupaya memproses sehingga 50,000 cek sehari dan dengan penggunaannya kini, kami menjangka ia mampu meningkatkan keupayaan bank memproses cek kepada 12,000 dalam tiga bulan lagi, berbanding 5,000 sekarang,” katanya.

Menurutnya, pembangunan sistem penjelasan cek adalah inisiatif BSN menyediakan prasarana dan akses kepada pelanggan kerana cek kekal sebagai sistem pembayaran runcit yang terbesar di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: