BERDARAH campuran Melayu-Itali dan dikenali dengan watak wanita penggoda dalam drama, bukan bermaksud penyanyi Farahdhiya Mohd Amin, 26, melupakan adat dan budaya timur diwarisi daripada sebelah bapanya.
AYU...Farah mula bertudung sejak di sekolah rendah lagi.
JUAL SUARA...Farah pertaruhkan single terbarunya, Renyai buat peminat.
Malah, kata Farah, selain menyanjung adat dan budaya timur, dia juga sentiasa berpegang teguh pada agama Islam serta meninggalkan segala larangan-Nya.
"Memang saya dilahirkan di Itali, tetapi selepas berusia setahun, keluarga kami berpindah ke Kuala Lumpur dan saya dibesarkan dengan dua budaya iaitu timur dan barat. "Sekalipun saya bukan seratus peratus berdarah Melayu, bapa tetap menitik beratkan soal agama dan pada masa sama memastikan saya tetap tahu batasan sebagai gadis Melayu beragama Islam.
"Sampai hari ini, saya sentiasa ingat batasan yang perlu dipatuhi kerana tidak ingin hanyut dalam dunia glamor selebriti," katanya.
Justeru, kata penyanyi yang popular menerusi lagi Bertakhta Di Hati Ini, dia juga menyimpan hasrat untuk bertudung seperti yang dituntut agama Islam, satu hari nanti.
"Sebenarnya dalam salah satu sudut dalam diri, saya memang teringin nak pakai tudung. "Jika Tuhan membuka pintu hati saya untuk bertudung satu hari nanti, Insya-Allah, saya akan memakai tudung sepenuhnya. "Secara peribadi, saya juga tidak melihat bertudung itu sebagai fesyen atau perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan soal menutup aurat yang diwajibkan kepada setiap wanita Islam," katanya.

Jika nak diikutkan, kata anak kelahiran Sarzana, Itali yang juga bekas penuntut Sekolah Rendah Teluk Gadong, Klang, Selangor ini, dia sudah mula bertudung sejak di sekolah rendah.
"Maklumlah, saya bergaul dengan ramai kawan-kawan yang bertudung di sekolah rendah. Apabila melihat ramai kawan-kawan yang bertudung, saya juga ingin bertudung seperti mereka. "Saya mula pakai tudung sejak darjah lima dan enam tapi sekejap pakai dan sekejap buka. "Maklumlah, saya masih kanak-kanak ketika itu dan mudah terikut-ikut dengan kawan-kawan di sekolah. "Saya juga memakai tudung semula ketika di tingkatan tiga dan empat selepas melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Kuala Lumpur. "Saya masih ingat lagi dengan gelaran 'anak Bosnia' yang diberikan pada saya ketika itu," katanya. Farah berkata, dia juga tidak kisah dengan gelaran itu kerana akur dengan darah campuran Itali diwarisi dari sebelah ibunya.
"Ibu juga tidak pernah menghalang hasrat saya untuk bertudung di sekolah rendah dan menengah kerana dia sedar saya bergaul dengan orang Melayu.
"Sebab itu, saya tidak janggal pakai tudung selepas usia meningkat dewasa. Saudara mara sebelah bapa juga ramai yang pakai tudung dan saya juga boleh menyesuaikan diri dengan mereka sampai sekarang," katanya.
Sekalipun belum memakai tudung sepenuhnya, kata Farah, dia dan ibunya mempunyai pelbagai koleksi tudung dan selendang di rumah. Farah dan ibunya memakai tudung pada waktu dan tempat sesuai seperti menghadiri majlis tahlil, kenduri doa selamat, memasuki masjid dan menziarahi anggota keluarga yang meninggal dunia atau terlantar sakit.
Setakat ini, kata Farah, dia belum pernah diberi kepercayaan untuk membawa watak wanita bertudung dalam drama.
"Sebelum ini, saya pernah memakai tudung untuk babak majlis pernikahan saja. Saya juga tidak ada masalah untuk bawa watak gadis bertudung dalam drama selepas ini.
"Sebenarnya, pengarah sering memberi saya watak anak orang kaya seperti anak Datuk dan Tan Sri sedangkan saya boleh membawa watak gadis kampung jika diberi peluang pada masa depan. "Maklumlah, misi saya ingin menjadi pelakon versatil yang boleh menjiwai apa saja watak dalam drama," katanya.
Bukan saja bertudung, Farah juga menyimpan hasrat untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji ke Tanah Suci Makkah, satu hari nanti. "Sebenarnya, bapa sudah mengerjakan umrah sebanyak empat kali mengikuti rombongan anjuran syarikatnya sebelum ini. Cuma saya dan ibu yang belum berpeluang lagi untuk melaksanakan ibadah itu," katanya.
Dalam pertemuan dengannya di Butik Calvin Thoo, Lot 10 Shopping Centre, Bukit Bintang, baru-baru ini, Farah anggun menggayakan dua busana yang juga koleksi terbaru pereka terkenal tanah air itu. Ketika ini juga, kata pelakon drama Ku Milikmu ini, dia baru menyiapkan babak terakhirnya dalam drama bersiri popular Spa Qistina musim ketiga. Dalam Spa Qistina , Farah masih diberikan kepercayaan untuk membawakan watak Julia. "Apa yang mencabar, watak Julia menjadi semakin jahat dalam musim baru ini. "Saya juga masih mempertimbangkan beberapa tawaran berlakon termasuk projek filem, tahun ini. Semuanya belum ada kepastian lagi," katanya.
Sebelum ini, Farah juga berlakon dalam drama genre komedi, Di Bawah Ketiak Isteri musim kedua. Justeru, selepas Spa Qistina, kata Farah, dia ingin memberi fokus pada single terbarunya, Renyai ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Ad Samad. "Jika berjalan lancar, single ini akan diputarkan di stesen radio tempatan bulan depan. "Single ini menarik kerana lagu ini kuat dan ada kelainan. Saya juga sudah selesa bekerja dengan Tam kerana ada pengalaman bekerja dengannya sebelum ini," katanya.
Mengenai perancangan untuk berkahwin pula, Farah yang sudah mempunyai teman istimewa mengakui mensasarkan usia sebelum 30-tahun untuk menamatkan zaman bujangnya itu.
"Ciri-ciri lelaki idaman saya ialah bujang, dari keturunan baik-baik dan penyayang kerana saya memang wanita yang suka dimanja," katanya. Bagaimanapun, Farah mengakui dia memang berkawan rapat dengan seseorang ketika ini.
"Si dia adalah di kalangan orang orang biasa saja dan bukan daripada golongan VIP. Apa yang boleh saya katakan, si dia bekerja di pejabat yang masuk jam 9 dan balik 5 petang.
"Buat masa ini, memang tidak manis sebagai wanita jika saya bercakap lebih-lebih soal hubungan kami ini kerana jika apa yang diharapkan itu tidak kesampaian, pihak wanita juga yang berasa malu nanti," katanya.
>Profil
NAMA SEBENAR: Farahdhiya Mohamed Amin
TARIKH LAHIR: 28 April 1984
TEMPAT LAHIR: Sarzana, Itali
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi, pengacara dan pelakon
ALBUM: Bertakhta Di Hati (2005) dan Yang Ku Puja (2006)
ANTARA DRAMA/SITKOM: Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Kau Curi Cinta Ku, Ku Milik Mu, Spa Q 1&2, Spa Qistina
PROGRAM TV: Jaguh Futsal (RTM), Discovery Smiles Treasure (TV3)
mengapa foto Farahdhiya Mohamed Amin di halaman ini tidak muncul-muncul? padahal sudah beberapa kali direload.
ReplyDelete