LOS ANGELES: Sepasang suami isteri ‘songsang’ semalam berkata, mereka bakal mendapat anak pertama dalam tempoh sebulan lagi.
TAK SABAR... Thomas (kanan) bersama Moore.
Scott Moore - dianggap lelaki kedua yang mengaku hamil secara terbuka - dijadual melahirkan anak lelaki bulan depan dengan ditemani suaminya, Thomas.
Kedua-dua mereka dilahirkan sebagai bayi perempuan tetapi menjalani pembedahan menukar jantina beberapa tahun lalu.
Moore, 30, dianggap berkahwin secara sah dengan Thomas kerana masih mengekalkan sijil kelahiran asal.

Kedua-dua mereka bersetuju menamakan anak mereka itu Miles.
Menurut Moore, walaupun sesetengah pihak mengkritik mereka, dia dan Thomas tetap gembira dan tidak berasa aib.
Kes itu sama seperti berlaku terhadap Thomas Beatie yang menjadi perhatian pada 2008 kerana melahirkan bayi perempuan.
Moore dilahirkan sebagai Jessica dan naluri kelelakiannya mula menonjol ketika berusia 11 tahun.
“Apabila saya memberitahu keluarga, mereka menganggap saya gila, tetapi lama-kelamaan akhirnya mereka sedar ia serius dan membenarkan saya mula mengambil hormon lelaki sejak berusia 16 tahun,” katanya.
Ibu bapa Moore membelanjakan lebih RM25,500 untuk membuang buah dadanya, tetapi tidak cukup wang mengubah suai kemaluannya.
Thomas - dinamakan Laura sebelum ini - menjalani pembedahan menukar jantina tahun lalu.
Moore disahkan hamil pada Jun tahun lalu hasil sperma diderma seorang rakan lelakinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: