Thursday, January 28, 2010

ABBAWORLD dibuka di London


KIRI: ULVAEUS (kanan) dan Anni-Frid berdiri dekat
patung yang menunjukkan wajah empat anggota kumpulan ABBA di ABBAWORLD di London kelmarin.

LONDON - Taman tema kumpulan pop terkenal dunia, ABBA dibuka kepada orang ramai di sini kelmarin.

Sebanyak 400 juta album kumpulan itu telah dijual sejak zaman kegemilangannya pada tahun 1970-an selain menjadi pencetus pementasan dan filem muzikal popular, Mamma Mia.

Pihak penganjur dari Sweden berkata, taman tema itu akan menjadi tempat untuk berinteraksi dengan kumpulan tersebut.

Taman tema ABBAWORLD itu menceritakan mengenai kisah ABBA dalam 25 buah bilik yang mempamerkan pelbagai kostum yang pernah dipakai anggota-anggota kumpulan itu.

Ia turut mempamerkan sebuah helikopter yang gambarnya tertera pada kulit album mereka, Arrival pada 1976.

Kumpulan ABBA dianggotai oleh Björn Ulvaeus, Benny Andersson, Agnetha Fältskog dan Anni-Frid.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: