Thursday, January 28, 2010

Mangsa gempa diselamatkan selepas 12 hari


DIBRIVELL menggerakkan tangannya semasa dia diselamatkan oleh askar-askar Amerika Syarikat (AS) di Port-au-Prince kelmarin.

PORT-AU-PRINCE - Seorang lelaki, Rico Dibrivell, 35, berjaya dikeluarkan hidup-hidup kelmarin selepas dia terperangkap selama 12 hari di celah runtuhan sebuah bangunan di sini yang musnah akibat gempa bumi pada 12 Januari lalu di Haiti.

Menurut tentera Amerika Syarikat (AS), dia tidak ditimbus oleh runtuhan gempa bumi kuat 7.0 pada skala Richter pada 12 Januari lalu tetapi dua hari selepas gempa berlaku ekoran gegaran susulan.

Semasa ditemui, tubuhnya kekurangan air dan diselaputi debu manakala salah satu kakinya patah.

Dia ditemui dari celah runtuhan di sebatang jalan raya di sini.

Lelaki itu kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk menerima rawatan perubatan. Dia dianggap sebagai mangsa gempa bumi yang paling lama berada di celah runtuhan berjaya diselamatkan.

Gempa bumi yang berlaku pada 12 Januari lalu itu menyebabkan ribuan bangunan runtuh manakala lebih 200,000 orang dianggarkan terbunuh selepas 150,000 mayat ditemui di Port-au-Prince.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: