|
|
DI sebalik kegagahannya sebagai lelaki yang digilai ramai wanita, aktor Fahrin Ahmad juga sama seperti orang lain punya hati dan perasaan.
Emosinya mudah tercalar. Hatinya dirobek kekecewaan apabila nama dan maruahnya dipijak-pijak.
Benar, naluri lelaki Fahrin inginkan dirinya dicintai dan disayangi oleh kaum wanita, namun tidak pula mendambakan teman yang boleh mempermainkan reputasinya.
Lalu, apabila membaca laporan bekas kekasihnya, Linda Onn menjatuhkan nama baiknya, Fahrin dapat merasakan maruahnya benar-benar tercabar.
Kerana itu tidak hairanlah kenapa pada sidang akhbar mengumumkan dia bakal menyaman penyampai radio popular Suria FM yang juga bekas kekasihnya itu baru-baru ini, air mata Fahrin gugur di hadapan wartawan.
Kata Fahrin, dia terlalu sedih dengan tindak-tanduk Linda yang disifatkannya sebagai keterlaluan.
Baginya, apa yang dilakukan oleh Linda sama sekali tidak boleh diterima akal biarpun tindakannya untuk menyaman merupakan keputusan paling berat untuk dilakukannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: