Thursday, January 28, 2010

Lanjutkan tempoh khidmat wajib doktor


HOSPITAL kerajaan sering menghadapi masalah kekurangan doktor kerana ramai yang berhenti kerja selepas lima tahun.

PUTRAJAYA - Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun berbanding tiga tahun pada masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan yang berlaku saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya, negara menghadapi masalah kekurangan doktor sebanyak 5,000 orang.

"Tiap-tiap tahun kita ada masalah kekurangan doktor kerana mereka ini hanya berkhidmat dengan kerajaan selama lima tahun, iaitu dua tahun untuk housemanship (latihan) serta tiga tahun untuk perkhidmatan wajib dan selepas itu mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

"Sistem ini diguna pakai sejak 1971, jadi kita perlu ada mekanisme baru untuk menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: