jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Friday, January 29, 2010

Simbol 'Mata' Maksud Mencari, Bukan Unsur Freemason - Amy Search

VOKALIS Amy Search hanya tergelak saat ditanya mungkinkah kumpulan rock unggul itu akan mengubah logo mereka setelah ianya dikatakan simbol 'Mata' yang digunakan, menyerupai unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

"Kami gunakan logo 'Mata' sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak timbul ada unsur Freemason atau Illuminati kerana 'Mata' membawa maksud mencari atau 'searching.'

"Kami tidak pernah terfikir pun pasal Freemason atau Illuminati. Bagi Search, logo berbentuk tiga segi dan mata itu hanya satu simbol. Saya sangat terkilan kerana ia tidak seharusnya menjadi isu," kata Amy ketika menghubungi mStar Online semalam.

Sambungnya lagi, "Sewaktu Search mula-mula keluar dulu, kami gunakan simbol burung 'Vulture' dan selepas itu baru kami tukar kepada lambang mata. Bagi saya semuanya hanya satu kebetulan saja, sama seperti 'The Master Carpet' yang turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu gerakan Freemason.

"Berapa ramai orang buat lantai rumah menggunakan motif Checkered Floor ini. Takkanlah mereka semua ini ahli Freemason?," kata Amy.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal di AJL 24, didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

"Andaian atau hipotesis yang cuba diutarakan tidak nampak sebarang logika. Saya juga menyangkal dakwaan konon kami dieksploitasi oleh pihak teknikal atau team produksi TV3.

"Saya rasa perkara ini berlaku secara tidak sengaja. Tidak timbul isu mengalakkan unsur Freemason atau sebagainya," jelas penyanyi terkenal ini yang aktif dalam beberapa usaha dakwah di negara ini.

Amy, bagaimana pun tidak terkejut dengan pendedahan dalam blog milik seorang penuntut Malaysia di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu, yang berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Search sudah establish selama tiga dekad. Kami tahu apa yang haram dan dilarang. Tidak mungkin kami dipengaruhi unsur Freemason. Its just coincidental...,"kata Amy.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu secara berani mendedahkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 5 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Selain Search, antara artis lain yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Dalam blog tersebut, Sufian berkata: “Anda juga mungkin dapat lihat persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

Alyah, finalis AJL 24, yang mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ juga dikaitkan membawa simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

Selain itu, Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.

1 comment:

  1. Bagi pendapat saya, Amy boleh ketawa sepuas hati sebab waktu dahulu tiada internet. Dahulu sehingga awal 1990-an, media masa dan percetakan dunia dikawal oleh pihak tertentu yang mana mereka adalah tali barut zionist israel untuk menghalang dari perkara sebenar diketahui umum. Itu memang jelas dan tidak dapat dinafikan. Namun Amy kena sedar zaman internet menyebabkan masyarakat umum yang celek cyber sudah mula sedar siapa itu fremasonry yang dahulunya rahsia atau tidak diketahui oleh umum. Ia sudah dapat didedahkan untuk pengetahuan dunia. Mungkin disebabkan cetek ilmulah yang menyebabkan Amy berkata bahawa ia cuma kebetulan. Tiada yang kebetulan kalau ia jelas penuh dengan perancangan secara halus untuk ditonjolkan. Untuk pengetahuan semua, freemason adalah pertubuhan rahsia dan alat zionist untuk melalaikan umat islam. Salah satu objectif mereka adalah meruntuhkan Masjid Al-Aqsa. Mereka menggunakan "art, MUSIC and education" dalam propaganda mereka. Saya sudah menjangkakan jawapan dari Amy tentang "Mata". Orang seperti ini tahu apa mereka buat tapi cuba menafikan. Penafian adalah taktik untuk melenyapkan segala jua tindakan yang jelas. Tak mengapa. Cuma Amy wajar tambah ilmu lagi dengan banyak membaca.

    Saya harap Amy dan pembaca blog lawat portal ini untuk anda baca dan buat kajian sendiri samada maklumat itu ada benar atau sekadar bohong. www.iamthewitness.com

    Farok

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: