![]() Noryn Aziz |
DEWAN Filharmonik Petronas (DFP) di KLCC menampilkan persembahan daripada Noryn Aziz akan mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), pada 12 Januari ini, jam 8.30 malam.
Penyanyi yang menjadikan artis tersohor seperti Ella Fitzgerald, Jill Scott dan Erykah Badu sebagai inspirasi ini akan mempesonakan hadirin dengan lagu berirama jazz dalam persembahan di bawah siri DFP Spotlight: Jazz.
DFP memperkenalkan siri ini untuk mempamerkan bakat penyanyi Malaysia dalam sesebuah genre muzik, seterusnya memberikan ruang untuk peminat muzik menikmati irama genre itu. Noryn ialah artis kedua mengadakan persembahan di bawah siri ini selepas duo Double Take mempamerkan persembahan sukar dilupakan pada Oktober tahun lalu.
Penyanyi berusia 33 tahun ini memperoleh diploma dalam muzik klasikal di UiTM dan seterusnya mendapat Ijazah Sarjan Muda Muzik (Susunan Muzik) di International College of Music (Icom). Seorang penyanyi yang diasuh dengan muzik klasikal, Noryn juga menyanyikan muzik kontemporari, guru vokal bertauliah, penulis lirik dan komposer muzik R & B.
Penyanyi ini juga pernah melahirkan dua album, Fantasi O Realiti dan Alam Maya. Pada tahun 1997, dia mengambil bahagian dalam Festival Seni dan Muzik Hanoi, serta muncul penghibur tetap untuk acara Festival Jazz Sunrise sejak 2002.
Pembabitan Noryn dalam World Championship of Performing Arts (Wcopa), pertandingan nyanyian di Los Angeles pada 2008 membawanya ke peringkat lebih tinggi. Dia tersenarai sebagai tiga penyanyi terbaik antara ribuan penyanyi bertanding dari serata dunia. Noryn mengharumkan nama Malaysia dengan mengadakan persembahan pada peringkat akhir, seterusnya memenangi beberapa pingat.
Satu detik penting dalam kariernya, persembahan Noryn di DFP bakal diiringi lapan pemuzik dan dia akan menceritakan perjalanan seninya menerusi persembahan terbabit. Pastikan temujanji anda dengan Noryn Aziz dalam persembahan satu malam saja di DFP!

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: