RAWANG: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan nyaris maut apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan berhampiran Stesen Bas Rawang di sini, malam tadi.
REMUK...kereta dipandu Azura rosak teruk selepas melanggar tiang jejantas, semalam.
TRAUMA... Ayu mendukung anaknya selepas kejadian.
Dalam kejadian jam 9.20 malam itu Perodua Kembara yang dipandu ibu saudaranya, Azura Ramli, 27, bergesel dengan sebuah lori treler 10 tan sebelum merempuh tiang jejantas di kawasan itu.
Menurut ibunya, Ayu Ramli, 23, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari pekan Rawang ke sebuah pasar raya di Sungai Bakau, dekat sini.
“Tiba-tiba lori itu menghimpit kami lalu bergesel.

Kereta dipandu Azura hilang kawalan sebelum merempuh tiang jejantas dekat stesen bas.
“Saya bersyukur kami terselamat.
Perasaan cemas ketika bayi dalam dakapan hampir tercampak keluar kereta selepas berlaku gegaran kuat ketika kejadian,” katanya.
Menurutnya, Azura cedera ringan di kaki kiri manakala dia bersama anaknya, Farish tidak cedera.
Katanya, selepas kejadian pemandu lori memecut laju dari tempat kejadian tanpa menghiraukan nahas yang berlaku.
“Akibat kemalangan itu, kereta saya remuk di hadapan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: