AMPANG: Blok C pangsapuri kos rendah Pandan Utama di sini, tidak sampai enam tahun dihuni, namun sudah dibelenggu pelbagai masalah, sekali gus meresahkan penghuninya.
TERUK...seorang penduduk menunjukkan sebuah bilik di rumahnya yang digenangi air.
MEMBIMBANGKAN...seorang penduduk menunjukkan keretakan pada dinding rumahnya.
Ahli jawatankuasa persatuan penduduk, Rosli Hussain, 40, berkata kediaman mereka mula bermasalah hanya selepas enam bulan didiaminya dan ia gagal diselesaikan pemaju menyebabkan penghuni terpaksa menanggung segala keperitan.
“Banyak kali kami buat aduan kepada pemaju dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetapi tiada tindakan daripada mereka dan pemaju seolah-olah mengambil sikap lepas tangan.
“Pangsapuri ini masih di bawah tanggungjawab pemaju dan mereka tidak pernah datang menjenguk apatah lagi menyelesaikan masalah kami,” katanya.
Tinjauan Metroplus di kawasan terbabit mendapati unit pangsapuri di situ mengalami keretakan yang agak serius dan menurut penduduk yang ditemui, ada sebahagian pemilik unit yang berpindah kerana khuatir keselamatan diri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: