MASTURA Bakar, bekas madu penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris tidak pernah berniat untuk mengaitkan nama selebriti itu dalam kes tuntutan fasakhnya.
Kata Mastura, bukan niatnya untuk mengguris hati Noraniza, jauh sekali untuk memalukan penyanyi itu.
Wanita berusia 24 tahun semalam telah berjaya mendapat cerai faskh dari bekas suaminya, ahli perniagaan Datuk Mohammad Mustafa Idrus setelah mengharungi pahit getir berumah tangga selama tujuh tahun lamanya.
Ibu kepada tiga orang anak ini, didakwa telah mengaitkan nama Noraniza dalam prosiding mahkamah dan secara tidak langsung menceritakan masa silam yang mengaibkan diri dan keluarganya.
Dalam nada tenang, Mastura berkata, dia bersedia menghadapi tindakan undang-undang daripada penyanyi itu.
"Saya tidak ada masalah sebelum ini dengan dia(Noraniza). Dia ada hantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada saya marah-marah. Dia kata saya telah mengaibkannya kerana sebut nama dia di mahkamah dan dia tak kasi saya sebut lagi.
"Saya sebut nama dia sebab hakim suruh bukan kerana saja ingin mengaitkan dia dalam perkara ini.
"Kalau nak saman, samanlah saya tidak kisah...," ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika ditemui di luar mahkamah selepas mendengar keputusan membenarkan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin memutuskan cerai tersebut akan berkuatkuasa hari ini setelah Datuk Muhamad Mustaffa gagal hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peluang terakhir.
Sementara itu, Mastura turut menzahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan keputusan penceraian tersebut.
"Saya tak tahu nak cakap apa, perasaan bercampur baur, sedih, gembira dan terkejut. Namun saya lega dan bersyukur dengan keputusan tersebut," ujarnya yang kini telah bekerja di Cheras.
Menurutnya lagi, berkenaan hak penjagaan anak (khadanah) dan harta sepencarian akan diselesaikan secara baik dengan bekas suaminya itu.
"Saya akan buat tuntutan khadanah dan harta sepencarian, kalau boleh biarlah dapat diselesaikan secara baik kerana saya tidak mahu membabitkan mahkamah lagi," katanya.
Mastura sebelum ini mengemukakan tuntutan fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) terhadap Mustafa, 54, seorang ahli perniagaan. Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu.
Pada 5 Januari lalu, Mastura mendakwa Mustafa pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka, tidak adil dalam berpoligami dan banyak berfoya-foya.
Mohamad Mustaffa sebelum ini sudah berkahwin dengan dua wanita termasuk warga Indonesia dan mempunyai tiga lagi bekas isteri yang sudah bercerai iaitu Noraniza Idris, Norazni Arifin dan Rosadah Abu Bakar
Dia juga mengaku merupakan isteri keempat kepada ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu.
Namun, wanita itu hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.
Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: