DEMI fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati!
Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif.
Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.
Ditanya kepada Alyah mengenai pakaian yang direka oleh Jeffry Ibrahim itu, Alyah menjawab: “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’.
“Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”
Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini tidak menafikan mungkin ada sesetengah penonton yang terkejut dengan penampilannya itu.
Namun, jelasnya lagi: “Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu.
“Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.”
Alyah sudah lama berada dalam industri ini sejak dia menyertai sebuah program realiti. Selepas itu, Alyah dilamar oleh The Fabulous Cats untuk sama-sama menyanyi dalam kumpulan itu.
Tidak lama selepas itu, Alyah dikatakan telah keluar daripada kumpulan itu kerana mengalami masalah peribadi.
Sekitar tahun lalu, nama Alyah kembali menjadi siulan peminat setelah dia tampil dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang (duet dengan Riz AF6).
Kata Alyah lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya termasuk berfesyen.
“Saya ada trend sendiri untuk direalisasikan. Setakat ini, belum ada lagi yang dating kepada saya dan mengatakan pakaian saya keterlaluan.
“Saya pakai apa yang saya nak pakai,” jelasnya lagi yang baru selesai membuat promo untuk Hot FM Big Jam.
Selain itu pakaian, Alyah juga selesa menggayakan rambut pendek untuk tahun 2010 ini.
Alyah berkata, rambut pendek ini merupakan nazarnya apabila dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.
“Apabila dah masuk 2010 ini, saya teringin untuk membuka buku baru. Jadi, sebab itu saya memotong rambut pendek. Tambahan pula, saya perlu membayar nazar untuk gunting rambut jika dapat masuk AJL,” beritahunya lagi yang telah tampil dengan single ketiga berjudul ‘Realiti Dewi’.
Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam proses untuk merakamkan album terbarunya.
“Insya-Allah, saya akan merakamkan single terbaru pada Februari depan,” ujarnya.
bagus.. x ramai artis mcm dia nih..
ReplyDeletexpakai lgsung ada ke..?
kalu nak bernazar pun biarlah kena pada tempatnya.. nazar nak pakai tudung ke? kalau nak buka buku baru, berhijrah ke jalan yang mulia adalah jalan yang diredhai dan terbaik
ReplyDelete“Saya pakai apa yang saya nak pakai,” sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya...BODOSSS punya budak kampung! Cakap ikut sedap mulutt, ko x fikir orang sekeliling yang lebih banyak mengeji dari memuji? Sesuai ke dengan budaya kita? Jauh sekali agama kita? Tak malu ke emak bapak kat kg tu? Ko x kan pegi jauh punya kalu perangai mcm ni....lingkup adala....dah byk contoh depan mata....buka minda, dengar, lihat dan ambil iktibar.....Rupa x seberapa, bakat sekadar seadanya....jangan buat yg pelik2 klu nak berjaya........Itulah hakikatnya!
ReplyDelete"korang nie..katak bawah tempurung.."
ReplyDeletedie ni org kampong aku...skolah pon x abis sb tu pmikiran die mcm gitu...
ReplyDeleteaku pon skmpong ngn die...same skolah..tp kt skolah kiteorg pngil die ijah....bkn Alyah...tp ttp x sombong wlopon dh brgelar selebriti
ReplyDeletebagus, eloklah statement tue..
ReplyDeleteesok dlm kubur pakailah apa yg ko nak pakai selain kain kapan yea..
bawak2lah brtaubat..
org yg x ingt mati cmni r..pe nk jd la...ish4,mmg la ko nk pkai pe yg ko nk pkai tp pk r jgak aurat,agame n dri sndri,,,,moge kmbali ke pangkal jln...owg yg brpakaian bgini akn di bkr tbuh bdannye yg lawa la kononnye...syurga nraka pon xpk...famous pon wt pe law at dunia je...
ReplyDeleteini nak jdi mizz nina ke ape
ReplyDelete'kebanyakan' ahli neraka diberi kesenangan dan apa yg diminta didunia dia akan dapat...byk yg dihrpkan dr 'golongan ini' demi nafsu semata-mata...igtlah..sedara kita di palestin ditelangjangkan tanpa rela tp kita wat suka rela..
ReplyDelete