TITI KAMAL kini seperti sudah obses dengan soal bisnes. Apa yang boleh dijadikan duit, semuanya akan menjadi satu bisnes. Setelah sukses dengan bisnes makanan, terbaru isteri Christian Sugiono ini tertarik pula dengan bidang hartanah.
"Saya tidak boleh diam dan asyik mahu aktif dalam banyak bidang. Saya juga tidak mahu hanya sekadar menyanyi atau berlakon kerana bosan. Jadi saya buat bisnes," katanya yang belajar selok- belok perniagaan hartanah secara perlahan-lahan.
Malah, sasarannya pada tahun baru ini dia mahu bisnes hartanahnya dimulakan dengan pembinaan kediaman jenis town house.
Untung juga, sejauh ini si suami tidak pernah memprotes dengan sikap obses Titi dalam bisnes. Tapi bukan bererti juga Titi jadi seenaknya sendiri dalam bekerja. Katanya: "Selama diberi kebebasan, saya okey. Tapi itu bukan lesen untuk saya jadi egois. Saya masih isteri yang menjadikan suami sebagai rujukan pertama."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: