Sunday, January 3, 2010

Matahari mengharap sinar


BELAKANG DARI KIRI: ZAMANI, IJAM,, NUAR, ZAIRUL. DUDUK: ZAIDI


ZAMANI, Zairul, Ijam, Zaidi dan Nuar sudah biasa benar dengan alam pentas. Demi kecintaan terhadap muzik, jelajah mereka bukan sekadar di negara sendiri, tetapi pernah melangkah jauh ke Jakarta, Hatyai, Phuket dan Tokyo.

Bermula dengan membuat persembahan dan membiasakan diri dengan alam pentas di kelab-kelab selama 10 tahun, lima pemuda yang bersatu di bawah nama Matahari ini mula mencari material sendiri sejak tahun 2008.

Tahun yang sama mereka muncul dengan single Chinta Touch And Go, dan muncul dengan lagu Super Poyo pada tahun seterusnya.

"Kami masih mencari bunyi kami sendiri. Boleh dikatakan kami lebih terserlah sebagai grup pentas dan masih banyak perlu belajar tentang teknikal rakaman," ujar Zamani mewakili kumpulan baru muncul dengan single terbaru mereka, Benar.

Grup yang merupakan salah satu band yang aktif di bawah komuniti band yang dikenali sebagai Radioscope ini juga telah menghasilkan klip video mereka untuk antaranya untuk lagu Syukur, Benar dan Wanita.

Diberi sokongan kuat oleh Bob Ringgo yang merupakan deejay Suria FM, Matahari baru sahaja melancarkan album mereka bulan lalu di pasar raya Mydin, Subang Jaya.

Sehubungan itu, Matahari merancang mengedarkan album mereka di setiap cawangan Mydin dan mempamerkan klip video mereka di medan selera di situ untuk tatapan ramai.

"Kami banyak buat persembahan pentas dan juga amal. Dari situ, kami sudah dapat mengumpulkan peminat tersendiri.

"Kini sudah masanya kami keluar dengan lagu-lagu kami untuk santapan khalayak. Kami ingin jadi ikon dan berharap muzik kami akan dihargai," ujar Nuar yang menerangkan bahawa kumpulan ini mempunyai pengaruh muzik pop British seperti U2 dan Coldplay.

1 comment:

  1. lagu superpoyo 2 mmg poyo kan...
    sy suke fgak lagu nye...
    baru dgr sekali sy ngan mmber da gelak besar...
    hahahaha

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: