TENGAH bulan lalu kecoh di Korea apabila gosip tentang pelakon So Ji Sup dan Han Ji Min akan segera berkahwin.
Pasangan ini dikatakan bakal mengumumkan berita gembira tersebut pada pertengahan Januari ini.
Ia sekali gus membuat para peminat mereka gembira kerana hubungan antara So Ji dan Hang Ji yang terjalin sewaktu sama-sama terlibat dalam drama Cain and Abel memang direstui.
Walaupun mereka tidak pernah mengaku bercinta di luar lokasi, namun kenyataan So Jib menyebabkan banyak pihak meragui hubungan baik mereka sehingga sehingga timbul gosip mereka bakal berkahwin.
Kenyataan itu berbunyi: "Kami berbual di telefon setiap masa.
"Itu memang stail saya kerana saya akan berhubung kerap dengan lawan main saya. Tapi itu sahaja, tidak lebih daripada itu."
Bagaimanapun, gosip tersebut dinafikan jurucakap Han Ji yang tidak disebutkan namanya yang menegaskan aktres tersebut tidak bercinta atau mahu mengahwini So Ji.
"Kami terkejut mendengar gosip tentang perkahwinan mereka. Banyak orang bertanya dan ia memang tidak benar. Jika benar, mengapa kami tidak mendedahkannya sahaja kepada umum?
"Mereka juga tidak bercinta atau mahu berkahwin," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: