
BEGINILAH keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Mersing semalam.
MERSING - Tiga maut apabila sebuah lori yang sarat dengan muatan udang harimau bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam satu kemalangan di Kilometer 36, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini awal pagi semalam.
Pemandu lori, Rosli Salleh, 37, kelindannya, Mohd. Affendi Mohd. Yusoff, 26, dan pemandu pacuan empat roda, Ng Chee Lian, 44, maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 3.35 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Noor Rashid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu lori berkenaan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.
"Lori dari arah Mersing itu dipercayai hilang kawalan semasa menuruni kawasan berbukit menyebabkan kenderaan itu merempuh dan menghempap pacuan empat roda berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: