![]() |
| MASTURA hadir pada perbicaraan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - "Buat apa saya bayar dia RM1 juta, dia tidak pernah berikan apa pun kepada saya, malah dia punca segala apa yang berlaku!"
Demikian tegas bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris iaitu Mastura Bakar apabila suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus memintanya membayar tebus talak RM1 juta jika ingin bercerai.
Mastura, 24, berkata demikian semasa menyambung keterangan selaku plaintif dalam perbicaraan tuntutan fasakh terhadap defendan, Muhamad Mustafa, 54, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Terdahulu, peguam syarie Roslizam Rahim merujuk plaintif kepada tuntutan balas defendan yang terkandung dalam kenyataan pembelaan berhubung permohonan fasakh tersebut.
Defendan menyatakan tiada sebab yang wajar untuk dirinya melepaskan plaintif berdasarkan kepada hukum syarak.
![]() |
| KERATAN Kosmo! semalam. |
Mastura ketika ditanya Roslizam berhubung tuntutan balas itu menjawab "tidak setuju" atas alasan anak-anak selama ini tinggal bersamanya selain dia yang menanggung keperluan mereka.
"Lagipun suami tidak pernah ambil peduli dengan anak-anak malah anak bongsu tidak pernah sekalipun berjumpa dengan ayahnya, kalau tunjuk gambar pun tidak dapat cam, hanya anak pertama dan kedua yang kenal ayah mereka," kata Mastura.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: