
KUALA PERLIS - Lapan daripada 10 murid di sini yang gagal mendapat tempat di tahun satu kerana tidak memiliki sijil lahir akhirnya dibenarkan mengikuti sesi persekolahan semalam.
Kesemua mereka termasuk seorang cucu nelayan, Shariddaniel Abdullah, 7, didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis di sini.
Keputusan itu melegakan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana anak mereka kini didaftar sebagai pelajar tempatan sekali gus membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat surat jaminan dan akur janji daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat Hassan bahawa kanak-kanak itu dilahirkan di negara ini.
"Selepas mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat, kami bersetuju menempatkan murid-murid ini demi masa depan mereka tetapi dengan syarat ibu bapa mereka perlu menyelesaikan pendaftaran anak masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara dengan segera," katanya ketika ditemui.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: