Monday, January 25, 2010

Super Junior janji persembahan mantap



Buat julung-julung kalinya, kumpulan pop dari Korea, Super Junior akan membuat konsert di Malaysia. Super Junior merupakan antara kumpulan K-Pop yang popular akan menghiburkan peminatnya dengan mempersembahkan Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2.

Konsert yang dianjurkan oleh Redstar Presents yang diuruskan oleh Marctensia dan Warner Music ini menjanjikan persembahan mantap khas buat peminat mereka di sini.

Persembahan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini juga bakal memperlihatkan kehebatan mereka sebagai kumpulan pop terkemuka di Korea. Bukan hanya di Korea, malah Super Junior juga menyasarkan peminat dari Jepun, China, Taiwan dan beberapa negara Asia yang lain termasuklah Malaysia.

Kumpulan yang dianggotai seramai 13 anggota ini mengetengahkan genre hip hop, street dan break dance serta tarian yang berelemen ultra energetik.

Mencipta fenomena muzik pop di seluruh dunia, Super Junior pernah menerima pelbagai anugerah utama peringkat antarabangsa seperti MTV Asia Awards hingga pada Anugerah Muzik Hiburan CCTV 2008.

Tahun lalu, kumpulan ini berjaya memenangi anugerah tertinggi di Golden Disk Award yang memberi penghargaan kepada artis K-pop terbaik di Korea iaitu Golden Disk Awards, serta YEPP Popular Artist dan Best Disk Awards.

Bukan hanya meraih kejayaan di luar negara, malah mereka turut diiktiraf negara sendiri termasuk menguasai majlis anugerah berbeza menerusi album ‘Sorry, Sorry’.

Super Junior yang ditubuhkan pada September 2005 dan setakat ini pencapaian karier seni kumpulan ini berjaya menghasilkan 19 album termasuk soundtrack.

Untuk peminat Super Junior yang ingin mendapatkan tiket, pra-jualan tiket bermula 18 Januari lalu hingga 29 Januari ini. Peminat boleh membeli tiket konsert kali ini di T-Hop Zone, Tingkat 6, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur (depan Green Box Karaoke).

Tiket konsert kali ini dijual pada harga bermula RM138 dan RM238 yang mempunyai nombor tempat duduk manakala tiket di kawasan Rock Pitt dan mempunyai nombor tempat duduk dijual pada harga RM458. Dengan setiap pembelian dua tiket, peminat berpeluang mendapatkan poster edisi kumpulan ini. Bagaimanapun, pemberian poster terhad 500 keping sementara stok masih ada.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai konsert, layari laman web, www.marctensia.com, www.axcess.com.my atau menghubungi talian hotline Marctensia: 03-20921199 dan talian hotline Axcess Ticketing: 03- 77115000.

1 comment:

  1. love suju!!!!!! hankyung and siwon!! luv<3

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: