Monday, January 25, 2010

Pelakon 'Kau & Aku' rai peminat

Barisan pelakon drama Kau & Aku telah meraikan seorang pemenang yang memenangi peraduan anjuran radio Era.fm berserta 50 rakannya di dalam satu majlis penuh eksklusif.

Syarifah Syazana Iskak, 17, merupakan pemenang bertuah apabila memenangi peraduan drama bersiri Kau & Aku yang dianjurkan.

Majlis yang di adakan di Sunway Hotel & Spa telah menghimpunkan pelakon utamanya seperti Mila, Akim, Aril, Sabrina Ali, Zoey, Puteri Fateen, Anita Baharom, Nonie dan Amar (Anak Wayang).

Melalui peraduan itu, pemanggil dikehendaki menyanyikan rangkap lagu-lagu runut bunyi pilihan yang dipetik daripada drama Kau Dan Aku iaitu Jika Kau Ubah Fikiran nyanyian Mila dan Menatap Wajahmu dendangan Aril.

Sebagai ganjaran, pemenang yang bertuah boleh membawa 50 rakan untuk turut sama menghadiri sebuah majlis tertutup yang diadakan secara eksklusif khas buat mereka. Pemenang juga turut menerima sebuah gitar elektrik istimewa ditandatangani oleh barisan pelakon Kau & Aku.

Majlis pada malam tersebut telah dihiburkan dengan persembahan istimewa Mila, Aril dan Akim.

Persembahan mantap bintang-bintang muda yang telah dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia terbitan Astro ini ternyata berjaya mencuri perhatian dan memikat hati ramai ketika tampil menyanyikan lagu-lagu yang dipetik daripada drama popular tersebut seperti Kau Dan Aku, Menatap Wajahmu dan Jika Kau Ubah Fikiran.

Pelbagai acara menarik turut di adakan pada malam tersebut seperti persembahan fire-eater, permainan limbo rock, hula hoop dan tarian Hawaiian yang mana peserta dikehendaki menyarungkan skirt rami ataupun grass skirt untuk melakukan tarian tersebut.

Drama Kau & Aku merupakan sebuah drama hiburan bersiri 26 episod ini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara persahabatan Mila dan Akim akhirnya jatuh cinta.

Ia diselang-selikan dengan persembahan muzikal melalui lagu-lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: