Wednesday, January 27, 2010

Rezeki Bergolek FAIZAL TAHIR

Bukan mudah untuk menapak sekiranya tiada bakat istimewa yang membezakan mereka daripada lambakan penyanyi yang ada. Atas tiket itulah, tanpa ragu-ragu Faizal Tahir 'dihadiahkan' sebuah konsert berskala besar yang jarang-jarang sekali diberikan walau kepada penyanyi senior sekalipun. Perlu diingatkan bukan semua penyanyi lebih-lebih lagi pendatang baru diberi peluang mengadakan konsert sebegini.

"Memang saya idamkan konsert sebegini. Tak sangka saya dan Aizat terpilih sebab ramai lagi artis baru berbakat. Umpama mimpi jadi kenyataan bila dapat bekerjasama dengan Aizat dan Datuk Siti.

"Saya harapkan dapat buat yang terbaik walaupun kesihatan masih tidak mengizinkan. Keadaan sekarang memerlukan masa enam bulan untuk sembuh sepenuhnya. Saya tak mampu untuk agresif seperti biasa namun berjanji akan memberikan yang terbaik.

Harap Cepat Sembuh

“Saya dapat tawaran ini sebelum Juara Lagu lagi. Saya terima dengan rasa teruja kerana saya masih belum sakit lagi masa itu. Tebalkan telinga jugalah bila isteri marahkan saya sebab tak menjaga kesihatan kerana penyakit ini boleh membawa maut. Tapi even saya harus duduk sekalipun, saya masih akan menyanyi untuk konsert tersebut.

Meskipun terpaksa bertongkat, namun Faizal akur akan tanggungjawabnya. Berdoa agar tiada sebarang kecelakaan menimpa sepanjang konsert terbabit, namun Faizal mengharapkan pihak penganjur memahami keadaan kesihatannya.

“Untuk Juara Lagu saya terpaksa ambil painkiller untuk menahan sakit sewaktu persembahan. Namun saya berharap tidak perlu mengambilnya untuk konsert ini kerana ianya tak baik untuk darah, lebih-lebih lagi saya pernah ada sejarah jangkitan paru-paru sebelum ini.” ujarnya menjelaskan akan berimej military sepanjang tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: