Wednesday, January 27, 2010

AIZAT Harap Diterima

Usia baru setahun jagung mengabdikan diri dalam industri hiburan, namun tuah yang datang bukan calang-calang. Ditawarkan mengadakan konsert besar di Istana Budaya oleh Siti Nurhaliza Production (SNP) ternyata satu peluang yang tidak harus dilepaskan Aizat.

Bagi Aizat, niatnya hanya satu apabila menjadi sebahagian daripada industri, menghiburkan khalayak dengan lagu yang dicipta, namun tidak menyangka tuah datang bergolek apabila mendapat pengiktirafan menjayakan konsert di Istana Budaya.

“Saya percaya jika lagu yang dicipta daripada hati naluri sendiri, ianya akan turut menyentuh hati insan lain. Saya harap diterima semua lapisan masyarakat,” itulah komen Aizat apabila dilihat lebih senang mendendangkan lagu ciptaan sendiri.

Aizat bakal mendendangkan 10 buah lagu dalam Konsert Satu Suara. Dan terdapat segmen di mana beliau akan berduet bersama Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Bagi Aizat ini peluang membuktikan dirinya bukan hanya budak mentah dalam industri.

Masuk Hospital

Mungkin ramai yang tidak tahu, Aizat menyambut hari lahirnya baru-baru ini di Hospital Ampang Puteri kerana mempunyai masalah di perut yang memberi kesan langsung kepada usus besarnya.

“Saya hanya melakukan minor surgery. Dan ini tak ada kena mengena dengan amalan diet. Cuma doktor nasihatkan saya untuk berehat secukupnya. Itulah first time saya masuk hospital dan sambut birthday di sana,” ujarnya mengakui masih berkawan baik dengan Liyana Jasmay.

Bagi mereka yang berminat menyaksikan Aizat dalam Konsert Satu Suara yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 12, 13 dan 14 Februari 2010 ini, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300 di www.ticket2u.com.

Konsert ini juga turut ditaja bersama AEON Co. (M) Bhd dan 5 peratus daripada harga jualan tiket akan disumbangkan kepada Yayasan Jusco Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: