Tuesday, January 5, 2010

Public Mutual umum agihan tiga dana

KUALA LUMPUR Public Mutual, anak syarikat Public Bank Bhd. (Public Bank) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk tiga dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Dana-dana itu adalah Public Dana Savings dengan agihan pendapatan sebanyak 8.00 sen, Public Dana Focus Select sebanyak 0.75 sen dan Public Dana Islamic Enhanced Bond sebanyak 2.00 sen.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, Public Dana Saving yang dilancarkan pada 1981 adalah dana pertama mereka dengan objektif mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan menghasilkan aliran pendapatan berpatutan.

''Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper pada 14 Disember 2009, Public Dana Savings telah menghasilkan pulangan tahunan sebanyak 46.08 peratus bagi tempoh berakhir 4 Disember 2009,

''Public Dana Focus Select yang dilancarkan pada 2004, menghasilkan pulangan tahunan sebanyak 45.49 peratus bagi tempoh berakhir pada 4 Disember 2009,

''Public Dana Islamic Enhanced Bond yang dilancarkan pada 2006 telah mencatat pulangan satu tahun sebanyak 10.26 peratus bagi tempoh yang sama,'' kata Kim Hong dalam kenyataannya di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: