![]() |
| |
ANDA sedang menghadiri suatu pembentangan perniagaan. Tiba-tiba anda teringat ada sesuatu pengesahan urusan yang harus disegerakan. Tanpa membuang masa, anda terus menggunakan telefon bimbit Blackberry bagi menghantar maklumat urusan tanpa perlu ke lokasi berkenaan. Malangnya anda tidak boleh melihat perkataan yang tertera di skrin telefon, ia terlalu halus bagi anda.
Anda tidak berpuas hati, lalu menggerakkan Blackberry ke hadapan dan ke belakang, mengecilkan mata dan menggerakkan kepala. Anda berputus asa dan memandang ke hujung bilik mesyuarat dan barulah anda menyedari bahawa anda terlupa memakai kaca mata dekat.
Situasi ini sering berlaku kepada seseorang yang menghidap presbiopia iaitu suatu keadaan semula jadi yang lazimnya berlaku pada seseorang di sekitar usia 40. Ini berlaku kerana keupayaan memfokus pada objek dekat merosot dengan peredaran masa.
Kini, lebih 20 peratus daripada penduduk di Malaysia memerlukan pembetulan penglihatan. Tanpa pembetulan yang tepat, mereka yang mengalami presbiopia mendapati bahawa mereka perlu memegang bahan bercetak pada jarak yang semakin jauh dari jarak bacaan biasa. Simptom lain termasuklah sakit kepala, keletihan selepas lama membaca dan mereka memerlukan cahaya lampu yang lebih terang ketika membaca dan penglihatan yang kabur buat sementara apabila beralih dari melihat jarak dekat ke jauh.
Lazimnya, untuk menyelesaikan masalah ini, ramai orang memakai kaca mata dekat atau jika mereka juga rabun jauh, perlu memakai bifokal, atau memakai satu kanta sentuh untuk penglihatan jarak jauh dan satu lagi kanta sentuh untuk penglihatan dekat (dinamakan 'monovision'). Penyelesaian-penyelesaian ini sesuai untuk ramai pengguna tetapi kesemuanya melibatkan kompromi ke atas kualiti penglihatan.
Suatu hakikat yang tidak diketahui ramai ialah kuasa tambahan dekat seseorang itu mengambil masa selama 10 hingga 15 tahun untuk menjadi stabil. Ada yang hanya akan memerlukan sedikit bantuan untuk membaca manakala yang lain akan memerlukan kuasa tambahan dekat yang lebih tinggi.
Justeru itu, seseorang penghidap presbiopia harus mendapat bantuan dari segi peralatan yang boleh menjanjikan penglihatan jelas pada semua jarak, peralihan penglihatan lancar di antara objek dekat dan jauh serta selesa.
Baru-baru ini CIBA Vision telah memperkenalkan kanta sentuh Air Optix Aqua Multifocal yang bukan sahaja membolehkan penghidap mengenepikan kaca mata dekat malah masih berupaya melihat dengan jelas pada jarak dekat, sederhana dan jauh.
Pengurus Besar CIBA Vision, Malaysia & Thailand, Kim Ng berkata, ia turut memiliki reka bentuk unik yang membahagikan kuasa membaca ke seluruh kanta maka pengguna boleh mengalihkan penglihatan dengan cepat di antara objek-objek di jarak berbeza. Menonton persembahan muzikal kini amat mudah apabila perlu beralih dari membaca risalah program dan menyaksikan para penghibur di atas pentas boleh dilakukan dengan pantas.
Bagi memastikan penglihatan yang lebih khusus dan jelas, Air Optix Aqua Multifocal ditawarkan dengan tiga tahap pembetulan - 'Lo', 'Med' dan 'Hi Add' - yang akan menepati keperluan pelanggan di pelbagai peringkat presbiopia. Kebanyakan jenama kanta sentuh utama hanya menawarkan satu atau dua tahap pembetulan sahaja.
Melalui produk yang lebih khusus bermakna pelanggan presbiopia peringkat awal boleh diperkenalkan kepada kanta sentuh Air Optix Aqua Multifocal Lo Add dan ini akan memudahkan peralihan mereka kepada produk multifokal, seterusnya menggunakan kanta Mid dan Hi Add di kemudian hari, apabila diperlukan.
Kanta sentuh Air Optix Aqua Multifocal juga direka dengan Sistem Aqua Moisture unik yang menjadikan pemakaiannya lebih selesa, kerana pelanggan yang mengalami presbiopia lazimnya kekurangan air mata semula jadi untuk melembapkan mata, kedua-dua keadaan ini adalah akibat proses penuaan semulajadi mata.
Apabila anda memakai kanta sentuh, dua elemen penting yang diperlukan supaya mata anda kekal sihat dan selesa adalah kelembapan dan oksigen. Kanta Air Optix Aqua Multifocal memberikan anda kelembapan dan oksigen yang lebih dari mencukupi.
''Kami gembira kerana dapat menawarkan suatu penyelesaian yang memberikan penglihatan jelas dan selesa bagi semua jarak sambil mengekalkan gaya hidup aktif pengguna dengan presbiopia," katanya.
Maka, jika anda telah mencapai usia di mana anda menghadapi masalah membaca menu restoran tetapi tidak mahu menggunakan kaca mata dekat, kanta sentuh baru Air Optix Aqua Multifocal mungkin pilihan yang sesuai untuk anda.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: