Tuesday, January 5, 2010

Perjalanan selamat dengan tayar Maxxis


Tayar yang sama digunakan dalam perlumbaan tajaan Maxxis di negara ini. Gambar kiri adalah produk terbaru iaitu Maxxis MA 3D.


STATISTIK menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini melibatkan penunggang motosikal.

Selain faktor kecuaian, pengabaian terhadap ciri-ciri keselamatan pada sesebuah motosikal terutamanya penggunaan tayar dan brek turut menjadi punca peningkatan kemalangan.

Selain tiada kesedaran untuk menggunakan produk yang lebih selamat, pemasangan kelengkapan asas dari kilang dan alat ganti motosikal tidak berkualiti juga telah lama menjadi isu penggunaan di negara ini.

Atas kesedaran itu, pengeluar tayar antarabangsa, Maxxis International melalui penyelidikan dan pembangunan teknologi

tayarnya tampil dengan produk yang lebih selamat, selesa dan tahan lasak.

Bukti jaminan keselamatan dan kualiti yang tidak dimiliki oleh kebanyakan pengeluar tayar lain itu adalah melalui piawaian Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DOT) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tahap keselamatan tayar Maxxis bersandarkan komposisi bahan binaan yang menghasilkan cengkaman antara tayar dan permukaan jalan walaupun dalam keadaan basah.

Maxxis baru-baru ini melancarkan Maxxis MA 3D yang dicipta dengan lurah (bunga tayar) distrukturkan semula. Sudut lengkungan memberi cengkaman ketika cuaca kering dan basah.

Tayar motosikal terbaru di pasaran itu memiliki beberapa kekuatan lain seperti dinding tepi yang direka khas untuk menyerap hentakan pada masa yang sama melindungi rim daripada bengkuk akibat hentakan.

Selain itu, Maxxis menghasilkan tayar dengan bingkai yang kuat bukan sahaja untuk lebih ketahanan malah untuk memberikan lebih kestabilan terutama ketika mengambil selekoh dan ketika pemanduan dengan kelajuan tinggi.

Struktur yang kuat juga mampu mengelakkan tayar daripada kempis secara mengejut dan mudah ditampal jika berlaku kebocoran.

Selain itu, reka bentuk lurah tayar direka untuk menyingkirkan air ketika pemanduan dalam hujan dan benda-benda asing yang melekat pada permukaan tayar dengan lebih mudah.

Di negara ini, keunggulan tayar Maxxis terbukti melalui penglibatan dalam sukan pemotoran iaitu penajaan rasmi tayar program Dream GP Aprilia 2007, Kejuaraan Perlumbaan Piala Honda Asean 2008 dan Cabaran Piala Honda Wave 125 One Make Race 2008.

Setelah lebih 40 tahun bertapak di negara ini, jenama tayar yang bermula dengan pengeluaran tayar basikal pada 1960-an itu kini terus kompetitif dalam teknologi tayar merangkumi produk untuk kereta, motosikal, basikal, ATV, lori dan trak.

Daytona Sport Trading Sdn. Bhd di Johor Bharu selaku pengedar tunggal Maxxis di negara ini kini menyediakan sesi ujian tayar itu kepada pelanggan. Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran Maxxis boleh melayari laman www.maxxis.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: