Tuesday, January 5, 2010

Patin 25kg menanti

MAHFAR (tengah) bersama Bistamam dan kakitangan pengurusan kolam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melepaskan pelbagai jenis ikan ke Tasik Titiwangsa.
MAHFAR (tengah) bersama Bistamam dan kakitangan pengurusan kolam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melepaskan pelbagai jenis ikan ke Tasik Titiwangsa.

KUALA LUMPUR: Lebih daripada satu tan pelbagai spesies ikan termasuk seekor patin seberat 25 kilogram dilepaskan ke Tasik Titiwangsa, sebagai habuan kepada peserta pertandingan memancing Pembuka Tirai Joran 2010, Ahad ini.

Wang tunai RM25,750 Pembuka Tirai Joran 2010 di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR: Lebih daripada satu tan pelbagai spesies ikan termasuk seekor patin seberat 25 kilogram dilepaskan ke Tasik Titiwangsa, sebagai habuan kepada peserta pertandingan memancing Pembuka Tirai Joran 2010, Ahad ini.

Acara melepaskan ikan berkenaan disempurnakan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengurus Taman Tasik Titiwangsa, Bistamam Che Long.


Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,750 berserta perkakasan memancing dan hamper, bakal menyaksikan juara membawa pulang RM12,000; kedua RM4,000; ketiga RM2,000 dan ketiga RM1,000.

Pertandingan ini juga berkonsepkan hadiah sapu bersih bagi 10 spesies yang dipertandingkan iaitu toman, pacu, ketutu, patin, belida, jelawat, haruan, ikan raja, tilapia dan tongsan. Ia bakal menyaksikan peserta boleh memenangi seberapa banyak hadiah bagi kategori ini dan jika tangkapannya paling berat, maka layak memenangi hadiah utama.

Untuk kategori spesies ini, penganjur menyediakan hadiah wang tunai RM300 untuk juara, kedua RM200 dan ketiga RM100. Manakala spesies khas keli hadiah wang tunai RM350 untuk juara, kedua RM250 dan ketiga RM150. Penganjur turut menyediakan sebuah motosikal Modenas Kriss bagi hadiah utama cabutan bertuah.

Antara syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi peserta ialah hanya layak menggunakan satu joran bertanda, dilarang berkongsi joran serta pemenang dikira berdasarkan tangkapan terberat. Penggunaan mata kail adalah bebas kecuali mata tiga. Pelampung, umpan tiruan dan organ haiwan juga dilarang.

Tangkapan mata kail berada di mulut diambil kira dan mata kail pada badan ikan akan ditolak.

Sementara itu, Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah, berkata pertandingan berkonsepkan karnival kekeluargaan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang, bagi membolehkan orang ramai menyertainya sementara menunggu suami atau bapa mereka menamatkan pertandingan.

“Sementara menanti suami mereka selesai bertanding, isteri dan anak-anak boleh mengunjungi gerai Berita Harian untuk melihat lebih dekat produk kami. Di samping itu, kami juga menyediakan pelbagai permainan seperti kuiz mengenai produk Berita Harian, teka silang kata, Roda Info Berita Harian, Fussball, pertandingan mewarna dan karaoke.

“Pengunjung juga berpeluang merakamkan gambar kenangan dengan dihiasi dengan muka depan akhbar Berita Harian. Pengunjung kanak-kanak juga akan dihiburkan dengan telatah maskot Berita Harian, Nabilo, yang bakal bermesra dengan mereka,” katanya.

Bagi pertandingan mewarna tajaan Gardenia itu terhad kepada 100 kanak-kanak dan pengunjung cilik berusia enam hingga 12 tahun layak menyertainya. Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka diminta datang ke gerai Berita Harian bagi urusan pendaftaran untuk pertandingan berkenaan.

Sejam sebelum penyampaian hadiah, pengunjung akan dihiburkan dengan artis tempatan yang dicungkil bakatnya menerusi program Berita Harian Idol, Farliana yang akan menyanyikan lagu “Setulus Hati” dan Syah’z, “Lebih Baik Berpisah” serta Duta Superbest, Hero.

Pertandingan memancing sempena menyambut tahun baru itu dimulakan jam 8 pagi dan berakhir jam 1 petang. Yuran penyertaan RM70 satu joran dan penganjur menyediakan 800 kemeja T bercetak khas pertandingan.

Maklumat lanjut hubungi Unit Joran Berita Harian 03-22822323 sambungan 4240/4241/4242 atau 013-3310166.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: