INI satu lagi kes tentang lelaki. Diva memang tak faham dengan sikap penyanyi lelaki yang satu ini. Mukanya nampak baik betul.
Nyanyi pun lagu baik-baik walaupun pernah ada kontroversi. Yang paling baik, dia tak pernah sembunyi status sebagai suami orang. Cuma dia tak suka tayang isteri dan anak-anaknya.
Tapi rupa-rupanya walaupun sudah diketahui berumah tangga, penyanyi ini tak segan silu mengurat perempuan sana sini.
Malah, rakan artis sendiri pun dia nak cuba mengurat sampai lupa dirinya sudah berkahwin.
Yang lucunya juga, sewaktu mengurat seorang penyanyi wanita yang sudah punya kekasih, penyanyi lelaki ini melupakan statusnya sebagai suami orang.
Katanya, dia amat sukakan penyanyi ini. Tapi sayangnya penyanyi ini sudah ada kekasih.
Masalahnya penyanyi lelaki ini terlupa untuk melihat dirinya sendiri. Sepatutnya dia rasa bersalah kerana menyimpan perasaan pada orang lain selain isterinya. Tapi lain pula jadinya.
Memang dasar tak sedar diri. Patutlah dulu senang saja dia ditipu seorang perempuan lain. Agaknya sebab diri sendiri gatal, hah, makan dirilah jawabnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: