Sunday, January 3, 2010

Kekasih selebriti pasang dua

DALAM dunia ini, kalau sudah namanya lelaki dan ada wanita yang membuka peluang, pasti tak ada lelaki yang tak nak ambil kesempatan.

Jadi, walaupun kadang-kadang seseorang lelaki itu nampak baik, jangan mudah terpedaya kerana pasti ada kejahatan yang cuba disembunyikannya.

Macam kekasih kepada selebriti cantik ini. Diva beberapa kali terserempak dengan pasangan sama lawa ini. Walaupun kekasih selebriti wanita ini bukan artis, dia memang popular kerana kedudukan dan ketampanannya. Pulak tu, solo lagi.

Tapi khabarnya dalam diam, dia masih pasang dua. Maksudnya, dia ada kekasih gelap lain walaupun kerap bersama selebriti ini.

Kekasih gelapnya itu juga bukan calang-calang perempuan. Kalau lelaki tak kuat iman, memang boleh goyah juga. Cantik dan bijak.

Yang bestnya, selebriti itu tak tahu kekasihnya pasang dua sebab kekasihnya memberi sepenuh perhatian kepadanya. Malah, tersebar juga berita yang mereka akan berkahwin.

Bila dengar cerita macam ini, Diva tak pasti sebenarnya kekasih selebriti tersebut mahu berkahwin dengan dia atau kekasih gelapnya, atau akan cari perempuan lain pula nanti sebagai calon isteri yang baik?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: