Sunday, January 10, 2010

Padah beri layanan khas kepada aktres


BERRY


SEORANG anggota polis Kanada ditegur oleh pegawainya kerana memberi layanan istimewa kepada aktres Hollywood terkenal, Halle Berry.

Anggota polis itu dianggap telah melakukan kesalahan oleh pegawainya selepas dia membenarkan Berry dan kekasihnya, Gabriel Aubry dan seorang anak mereka berumur 22 bulan memotong barisan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Trudeau kelmarin.

"Kekasih Berry meminta jika mereka dapat memotong barisan kerana pasangan itu sudah terlewat dan membawa seorang bayi," kata seorang pegawai polis, Inspektor Jimmy Cacchione.

"Anggota polis itu mengambil inisiatif sendiri apabila dia membenarkan mereka memotong barisan lebih awal tetapi perbuatan tersebut tidak dipersetujui oleh polis Montreal," tambahnya.

Kejadian memalukan itu menyebabkan polis terpaksa mengeluarkan pekeliling kepada anggota-anggotanya dengan meminta mereka tidak mengulangi perbuatan sama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: