
menunjukkan Jiang dan kekasihnya di Lapangan Terbang Antarabangsa
Liberty Newark, New Jersey semalam.
SEORANG lelaki, Haisong Jiang berumur 28 tahun ditangkap kelmarin kerana sanggup melanggar peraturan keselamatan
Dia berdepan dengan denda sebanyak AS$500 (RM1,689) kerana menceroboh peraturan keselamatan.
Menurut Pihak Berkuasa Pengkalan New York dan New Jersey, Jiang telah ditangkap di rumahnya di Piscataway, New Jersey dan disoal siasat oleh pihak berkuasa sebelum dia dibebaskan pada tengah malam.

Menurut seorang rakan rumahnya semalam, Jiang yang berketurunan Cina ialah pelajar peringkat doktor falsafah di Universiti Rutgers.
Rakannya itu berkata, Jiang dilahirkan di Jiangxi, China dan telah menetap di Amerika Syarikat (AS) sejak 2004.
Menurutnya, Jiang pergi ke lapangan terbang itu bersama kekasihnya pada Ahad lepas.
Kekasih Jiang itu merupakan seorang siswazah Universiti Rutgers yang menetap di Los Angeles dan berada di New York kerana bercuti, katanya.
Menurut rakannya yang dikenali sebagai Hui itu, Jiang tidak menceritakan kejadian yang berlaku di lapangan terbang tersebut.
Rakan-rakan serumahnya berasa terkejut dengan tangkapan tersebut, jelasnya.
Hui berkata, rakan-rakan serumahnya mengetahui video yang menunjukkan dia melanggar peraturan tersebut tetapi mereka tidak memberikan perhatian serius mengenainya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: