
![]() |
| |
MEDIA Britain melaporkan semalam bahawa isteri pemimpin Ireland Utara akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di London dan perwakilan ke Dewan Perhimpunan Ireland dalam tempoh beberapa hari selepas skandal hubungan sulitnya dengan seorang remaja didedahkan.
Iris Robinson yang kini berumur 60 tahun dan isteri kepada pemimpin kerajaan Ireland Utara, Peter Robinson itu menjalin hubungan dengan remaja lelaki berusia 19 tahun pada 2008.
Hubungan curang itu berlaku seumpama filem The Graduate yang popular pada 1967 lakonan Dustin Hoffman yang digoda oleh seorang wanita lebih tua daripadanya.
Remaja itu, Kirk McCambley (gambar kecil) yang kini berusia 21 tahun mendedahkan layanan yang diberikan oleh Iris semasa ditemu ramah oleh stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC).
"Dia (Iris) selalu bertemu dengan saya untuk memastikan saya berada dalam keadaan baik," kata remaja tersebut kepada BBC.
Menurutnya, Iris memberinya dua cek masing-masing sebanyak AS$40,000 (RM135,140) tetapi kemudian dia meminta dipulangkan AS$8,000 (RM27,028) kemungkinan untuk didermakan kepada sebuah gereja Protestan.
Iris sebelum ini menyatakan dia tidak akan bertanding semula dengan menyebut kemurungan sebagai punca dia membuat keputusan tersebut.
Suaminya, Peter kini menghadapi tekanan hebat sejak berita hubungan sulit itu terbongkar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: