| Bukan Nabil Raja Lawak yang ingin dibicarakan di sini, sebaliknya Nabil Zamanhuri yang pernah muncul dalam program realiti, Mentor. Masih mengekalkan konsep yang diminati, persembahan Nabil di Konsert Alibi Cosmic nyata mencetuskan keterujaan dengan lagu Halimunan yang dibawa. "Memang seronok sangat bila crowd bagi sambutan dekat lagu Halimunan, macam terlepas satu bebanan bila apa yang dirancang menjadi.
"Kebanyakan step tarian saya belajar dari televisyen dan untuk konsert ini saya ambil masa dua minggu untuk berlatih," ujarnya ditemui sejurus selepas konsert.
Mencipta lagu dan melodi bersama Adeep (The Fabolous Cat), Halimunan diramal bakal memberikan impak besar kepada kerjaya anak muda berusia 22 tahun ini. Pertama kali mendengarkannya sudah menimbulkan minat di hati, dan melihat sendiri di depan mata nyanyian dan tarian bertenaga Nabil, tidak mustahil nama Nabil Zamanhuri bakal mencuri perhatian segenap lapisan pendengar.
"Saya ambil tajuk Halimunan sebab kena dengan feel dia, dan filem XXray salah satu sebab saya letak tajuk tu," kata peminat Micheal Jackson ini.
Pernah kecewa lantaran pembikinan albumnya tidak menjadi kenyataan, Nabil yang kini bernaung di bawah Alibi Music yakin perjalanan kariernya akan lebih menyerlah.
"Saya pilih Alibi Music sebab mereka tahu konsep bagaimana yang saya inginkan. Kebanyakan artis mereka berkembang dengan baik seperti Liyana Jasmay dan Imran Ajmain so saya ambil keputusan untuk mengikat kontrak. Diharap jodoh kami akan berkekalan dan visi berjalan lancar," tambahnya lagi.
Tak Mahu Komitmen
Hati gadis mana yang tidak terpegun melihat Nabil beraksi di pentas. Wajah comel Nabil pantas menambat hati bagi siapa yang melihat. Namun penuntut Universiti Multimedia ini belum bersedia memikul komitmen untuk berteman. Kesibukan menghalangnya mencari dan bertemu gadis idaman hati.
"Bukan tak mahu tapi saya tak ada masa untuk mencari," jelas yang bakal muncul dengan single terbaru Halimunan Februari ini.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: