Tuesday, January 19, 2010

Satu nombor semua urusan


MUHYIDDIN YASSIN memasukkan MyKad untuk mengemaskini akaun KWSPnya di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Anda mahu berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi terlupa nombor rujukan?

Jangan bimbang.

Anda tetap boleh meneruskannya kerana kedua-dua agensi itu telah mengguna pakai nombor MyKad setiap individu warga negara ini sebagai rujukan tunggal untuk berurusan.

Aplikasi yang dinamakan MyID itu dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan di mana sahaja termasuk di laman web.

Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih menarik, sebanyak 760 perkhidmatan kerajaan sudah pun mengaplikasikan MyID.

Malah kata beliau, ada lagi 630 perkhidmatan yang akan mula berbuat demikian secara berperingkat-peringkat.



"Inisiatif MyID berpegang kepada konsep Satu Nombor Semua Urusan," katanya ketika berucap melancarkan MyID dan Persidangan Ketua-ketua Agensi Sektor Awam di sini semalam.

MyID diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2010 bertujuan menjadikan urusan dengan agensi kerajaan lebih mudah dan cepat.

Kata Muhyiddin, ia tidak hanya digunakan oleh agensi kerajaan Pusat tetapi ia turut diguna pakai oleh beberapa agensi kerajaan negeri.

Beliau menambah, pengenalan MyID juga satu rekod baru pelaksanaan Bajet 2010 apabila mengambil masa dua bulan untuk direalisasikan selepasan pengumuman dibuat.

Mengenai kira-kira 400,000 MyKad yang masih belum dituntut, Muhyiddin berkata, kerajaan tiada cadangan untuk mengenakan tindakan kepada mereka yang tidak menuntutnya.

Jelasnya, tindakan menyerahkan MyKad yang tidak dituntut kepada pemegangnya oleh polis dan Ikatan Relawan Rakyat merupakan satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: