Tuesday, January 19, 2010

Amar selesa imej rambut pendek

Sempena tahun 2010, artis realiti Anak Wayang, Amar, lebih selesa tampil dengan imej berambut pendek. Menurut Amar, dia cuba mencari kelainan dan merasakan dirinya lebih kemas dengan imej sedemikian. Malah perubahan itu juga demi lakonannya dalam drama Legenda, Mayang Mengurai, yang kini sedang rancak ditayangkan di TV3.

“Ini merupakan drama saya yang kedua selepas Kau & Aku dan inilah peluang pertama saya membawakan watak utama. Sebagai Hero, memang sesuailah saya dengan imej macam ni (rambut pendek), sebab nampak lagi kemas.

“Kalau dulu, saya bawa watak sampingan, tapi kali ini tanggungjawab saya agak berat kerana semuanya tertumpu pada saya dan saya harus menjiwai watak dengan berkesan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana banyak mendapat tunjuk ajar dari pengarah dan pelakon senior yang terlibat dalam penggambaran drama ini,” katanya yang membawa watak sebagai Khalif di samping pelakon lain seperti Tania Hudson, Anne Ngasri, Zarina AF, Sabrina Ali dan ramai lagi.

Drama yang diadaptasi dari cerita dongeng Inggeris, Rapunzel ini juga memberikan cabaran yang besar buat Amar kerana dia harus menjadi seorang yang romantis.

“Bukannya saya tak pernah bercinta, tapi dalam drama ini saya harus menjadi orang yang terlalu gilakan Mayang Mengurai. Untuk tunjukkan ekspresi itu, saya perlu menjiwai watak dengan mendalam kalau tidak kena re-shoot banyak kalilah jawabnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: